Siti main bola |
Hari ini blog Mesra-BN seperti MIM, Pisau, Pejuang Bangsa dan ramai lagi telah melaporkan bahawa Siti menarik diri.
Siti kena buktikan keikhlasannya sebagai icon dan warga negara yang bertanggung jawab. Ini kerana pada PRU 12 Siti tidak mengundi kerana tidak pernah mendaftar sebagai penngundi.
Ia didedahkan oleh Pas yang marah kepada Siti yang datang ke Bukit Gantang untuk berkempen bagi Dato Azim Zabidi Calon MP payung terjun dari Umno Bukit Bintang Kuala Lumpur. Bapa Siti adalah orang dari kawasan Bukit Gantang iaitu dari Kampung Matang Jambu.
Siti juga beberapa tahun lepas telah membuat kunjungan ke pejabat MB Kelantan bersama suami beliau. Apa tujuan hanyalah mereka saja yang tahu. Mungkin DS K yang menggunakan Dato Siti untuk mencari peluang perniagaan di sana.
Ataupun Nik Aziz sendiri yang ingin berjumpa Siti. Pas dilihat telah berjaya memancing artis-artis rock dan pelakon untuk menjadi ahli da mereka akan diarahkan untuk menjual minyak agar menarik lebih ramai sokongan Melayu supada menyokong Pas. Mungkin Siti juga sasaran mereka.
Gambar Siti akan terus diterbalikkan sehingga TM berpuas hati dengan tingkah laku beliau. Ingatlah kekayaan dan kemewahan yang dinikmati oleh Siti bukanlah daripada Lim Guang Eng dan Nik Aziz.
Hasil semakan dengan Semakan Daftar Pemilih tadi menunjukkan Siti telah pun mendaftar untuk di Lokaliti Taman Alam Damai, Daerah mengundi Taman Len Sen dan untuk Parlimen Bandar Tun Razak Kuala Lumpur