Menurut rakan-rakan beliau banyak melakukan kesilapan dan urus tadbir Umno terutama sejak Tun Abdullah memegang jawatan Perdana Menteri.
Seorang ahli politik dari Segamat (bekas pemuda) pernah menceritakan kepada TM sewaktu PRK Bagan Pinang tentang kesilapan-kesilapan yang beliau lakukan dalam menjalankan tugas.
Baru-baru ini beliau sekali lagi menyeru agar Umno menjauhkan diri daripada Perkasa. Ini satu lagi kesilapan beliau. Umno dari dahulu lagi menerima sokongan daripada pelbagai badan-badan bukan kerajaan. Lebih banyak yang menyokong Umno lebih kukuh Umno dan BN.
Umno sepatutnya perlu mengeratkan lagi dengan lebih banyak badan-badan NGO. Dr Zambry Abdul Kadir Menteri Besar Perak yang ke 11 sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada NGO dengan itu barulah kita mendapat sokongan orang ramai.
Hari ini ramai Melayu telah menjadi ahli Perkasa. Perkasa dilihat sebagai satu badan bertindak untuk menjaga dan mempertahankan kepentingan dan hak orang Melayu.
Kaum Cina amat terkenal dengan berpesatuan, malah merekalah yang paling banyak menerima bantuan kerajaan berbanding dengan persatuan Melayu. Orang Melayu juga ramai yang berpesatuan tetapi tak kemana pun matlamatnya kerana sibuk berebut jawatan. Akhirnya apabila yang pandai cakap mendapat jawatan tetapi tidak tahu membuat kerja, akhirnya persatuang bungkus dan digantung oleh ROS.
Dong Zhong merupakan satu badan pendesak yang menjaga kepentingan kaum Cina di Malaysia terus kukuh dan berwibawa. Orang Malayu tidak pula menggesa supaya MCA, Gerakan dan Dap menjauhkan diri darinya. Kenapa apabila Perkasa bercakap soal Hak dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu menyebabkan timbul satu desakan agar Umno menjauhkan diri daripadanya.
Berikut pula adalah kenyataan yang dipetik daripada Utusan Malaysia, Kenyataan Dato Hj Hamdi Abu Bakar atau lebih mesra dipanggil Pak Ngah.
Keputusan menjauhkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunjukkan masih ada pemimpin UMNO yang 'syok sendiri' dan tidak memikirkan masa depan parti.
Pak Ngah bercakap kepada media |
Sambil menyokong kenyataan dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Hamdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu berharap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak terus membuat kenyataan yang hanya akan menjauhkan orang Melayu daripada semangat asal penubuhan UMNO.
"Jangan letak garisan pemisah antara orang Melayu dalam UMNO dan dalam Perkasa. Jangan sebab nak jaga hati kaum lain, kita ketepikan golongan Melayu yang ada sentimen tinggi sayangkan bangsa sendiri.
"Beliau (Tengku Adnan) sepatutnya sedar bahawa orang Melayu di dalam Perkasa masih sayangkan UMNO. Hakikatnya, UMNO belum pulih sepenuhnya untuk mengasingkan diri daripada kelompok Melayu lain," katanya di sini, hari ini.
Semalam, Dr. Mahathir berkata, keputusan UMNO menjauhkan diri daripada Perkasa boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Kata bekas Perdana Menteri lagi, meskipun ia tidak membabitkan jumlah yang besar tetapi kesannya terhadap peluang Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan kemenangan tetap ada.
Tengku Adnan yang mempengerusikan mesyuarat BN sebelum ini berkata, UMNO tidak akan menyokong Perkasa atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.
Mengulas lanjut, Hamdi menegaskan, kewujudan Perkasa yang berjaya menarik penyokong di kalangan orang Melayu sepatutnya dijadikan iktibar oleh UMNO dalam memperkemaskan perjuangan agenda bangsa.
"UMNO merupakan sebuah parti Melayu, jika sebagai sebuah parti Melayu, UMNO tidak mendapat sokongan di kalangan orang Melayu sendiri adalah sukar untuk kita mempertahankan kerusi yang ada," katanya.