Sabtu, 25 September 2010

ALKISAH PLET KENDERAAN 'MCA'

 MCA 4
lelong3x siapa mau

Melaka akan keluar plet kenderaan MCA. Melayu , India dah tentu tak mau pakai plet tu. Dengar cerita Cina-Cina sendiri tak mahu dan malu nak pakai plet tuuu.

Sebab itu lah Ong Tee Kiat minta kerajaan Melaka tidak mengeluarkan semua plet yang menggunakan plet MCA sebab dia tahu Cina pun malu nak pakai. Sebelum malu elok tak wujud plet tuuuu





Bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Datuk Seri Ong Tee Keat digesa untuk memberi penjelasan mengenai isu nombor plat kenderaan bermula MCA 1 sehingga MCA 9999 yang dibekukan untuk diberikan kepada ahli MCA.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, dakwaan Tee Keat mengenai catatan ringkas yang dibuat pada 16 Mac lalu dan diminitkan kepada bekas SUSKnya itu hanya boleh disahkan oleh bekas SUSK itu sendiri.

"Hanya beliau (bekas SUSK) sahaja yang mengetahui tentang kesahihan salinan surat tersebut," katanya kepada Mingguan Malaysia dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Tee Keat semalam tampil menjawab mengenai isu nombor plat itu dengan mengemukakan surat yang sama seperti yang ditunjukkan oleh Cho Ha pada Isnin lalu mengenai bukti siapa yang mengarahkan nombor plat 'MCA' itu dibekukan.

Bekas Menteri Pengangkutan itu menunjukkan surat bertarikh 17 Februari 2010 yang ditandatangani bekas SUSK beliau tetapi tertera catatan ringkas pada sebelah kanan atas surat itu yang menyebut 'tidak wajar, tidak digalakkan bagi negeri-negeri lain'.

Rabu lalu, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan mengesahkan pernah menerima surat yang meminta agar nombor pendaftaran kenderaan itu tidak dibuka kepada awam.

Kelmarin, ketika diajukan soalan mengenai perkara yang sama, Solah menegaskan bahawa arahan itu masih lagi berkuat kuasa.