Jumaat, 10 September 2010

DAP SIBU MAMPU HALANG BANJIR DALAM TEMPOH DUA TAHUN

Isu kekerapan banjir di bahagian Sibu telah berjaya dimanipulasikan oleh Dap untuk meraih undi dalam PRK pada 16 Mei 2010 yang lalu.

Dap berjaya meyakinkan penduduk Sibu bahawa mereka mampu untuk mengatasinya dalam tempoh 2 tahun, Dap sebenarnya tidak mampu berbuat apa-apa sebaliknya hanya mampu untuk menjadi pendesak agar kerajaan BN melaksanakannya.

Sibu merupakan tanah rendah sama level dengan paras laut. jenis tanahnya ialah berpaya dan berair sepanjang tahun

Sebelum tahun 80an kebanyakan rumah-rumah di Sibu dibina menggunakan kayu dan untuk sampai ke rumah ia dihubungkan dengan jambatan atau titi dari sungai ataupun jalanraya.

Ekonomi rakyat tempatan semakin berkembang dan pembinaan taman-taman perumahan begitu rancak sehingga ke hari ini.  Tanah-tanah berpaya yang dibersihkan dan ditambak dengan tanah baru untuk projek perumahan dan dimajukan.

Fenomina air pasang besar sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk Sibu. Jika dahulu fenomina ini tidak memberi impak yang besar kepada penduduk kerana kebanyakan rumah-rumah jenis bertiang yang diperbuat daripada kayu.

Hari ini rumah-rumah batu telah menggantikan rumah-rumah jenis kayu. Juga terlalu banyak tanah-tanah paya ditebusguna atas nama pembangunan sebagai bandar baru atau sebagai kawasan perumahan. Bila berlaku fenomina air pasang besar, ke manakah air akan mengalir? Jawabnya ialah kawasan tersebut. Air akan melimpah ke halaman berbatu dan jalan-jalan secara semula jadi kerana itu ialah kawasan takungannya.

Projek bandar kedua iaitu Sibu Jaya yang dibangunkan oleh kerajaan kurang mendapat sambutan penduduk Sibu kerana jaraknya 15 batu dari bandar asal.   Mereka terus ghairah untuk membangunkan projek di kawasan berpaya walaupun tahu risiko yang akan mereka terima kemudian hari.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila ke laman blog berikut.( Rajahmas blog)