Ahad, 26 September 2010

LIM GUANG ENG BAKAL SEMBELIH LEHER SENDIRI

PAS MAKAN DUIT JUDI
KAPIRLAH LIM GUAN ENG akhirnya MALU BESAR dalam isu DUIT JUDI. Pas Pusat dan Pas Pulau Pening juga tak tahu nak sorok muka tang mana kerana terlalu membela USTAT LIM dalam isu ini.

Selepas pelbagai pendedahan dibuat, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akhirnya mengakui bahawa pihaknya menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Pengakuannya itu bertentangan dengan penafiannya sebelum ini iaitu, kos untuk membasmi kemiskinan diperoleh hasil daripada penjimatan yang diamalkan oleh kerajaan negeri menerusi prinsip ketelusan dalam pentadbiran.

LGE yang malu besar bakal menyembelih dirinya sendiri, Pas sahaja yang akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa LGE yang cuma tinggal nyawa-nyawa ikan.

Dalam nyawa ikan pun LGE masih mampu berbohong dalam isu ini , kononya wang judi diasingkan dan tidak diberi kepada orang Islam. Hooooi LGE cina berniaga babi dan sayur pun guna ringgit tu juga...duit bila digaul semua tak kira ini duit tauke judi, ini tauke babi punya , ini tauke sayuq punya... semua kumpul-kumpul bagi sekali....Nak check no siri ka?

Bagaimanapun, Guan Eng masih menafikan dakwaan bahawa wang ihsan dan sumbangan kepada golongan miskin tegar untuk umat Islam di negeri itu juga diambil daripada dana yang diperolehi melalui kegiatan lumba kuda.

"Kerajaan negeri mengasingkan dana yang diterima daripada kelab lumba kuda, terdapat juga masyarakat bukan Islam yang miskin tetapi untuk umat Islam, ia tiada kaitan dengan sumber judi," katanya dalam laman sosial twitter, hari ini.

Beliau menjawab pendedahan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam mengenai sepucuk surat kerajaan negeri yang dihantar kepada Pengarah Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang berhubung baki sumbangan RM500,000.

Menurut Reezal Merican, surat bertarikh 9 Julai 2010 yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Guan Eng, Farida Hani M. Yacob itu mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima oleh kerajaan negeri walaupun sebelum ini dinafikan.

Sebelum ini, sebuah blog, Pisau.net turut mendakwa bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas termasuk masyarakat Islam di negeri itu adalah dari sumber perjudian.

Dalam pada itu, Guan Eng berang dengan pendedahan isu tersebut apabila mempersoalkan kenapa Pemuda UMNO dan beberapa blog sengaja buat 'bising' berhubung isu sumbangan kepada warga emas.

"RM100 kepada warga emas adalah dividen anti-rasuah. Kerajaan negeri tak makan duit itu sebab ia boleh diberi kepada rakyat. Dulu Barisan Nasional (BN) tidak bagi duit masa memerintah, jadi mengapa bising?," soalnya.