Hari ini TM terserempak dengan rakan masa zaman sekolah di sebuah kedai eksesori kereta.[ nak beli shampoo kereta] Kini beliau berjawatan eksekutif FAMA. Antara topik perbualan ialah TM mengucapkan tahniah kerana FAMA berjaya melahirkan ramai usahawan melayu dalam perniagaan produk berasaskan perladangan seperti buah-buahan.
Beliau mengakui usaha yang diilhamkan FAMA untuk membantu peladang telah menampakkan kejayaan. Hari ini sudah ramai usahawan FAMA telah dilahirkan disegenap daerah di setiap negeri.
Cuma masalahnya ialah SIKAP usahawan FAMA kurang membanggakan. Ramai yang degil dan keras kepala enggan bekerjasama atau patuh kepada arahan dan syor-syor atau khidmat nasihat yang diberikan oleh FAMA sebagai mentor mereka.
Oleh sebab itu ramai juga yang gagal dalam perniagaan. Ada yang berjaya pula cepat dan mudah lupa diri. Enggan bekerjasama dengan FAMA. Panggilan telefon pun tak mahu jawab, pada hal yang buat panggilan ialah FAMA. Mereka sudah besar kepala, kerap engkar peraturan dan arahan. Enggan bekerja sama dengan FAMA sedangkan mereka masih berada di bawah payung FAMA.
" Sedih sungguh, itu belum bergelar jutawan, bila call dengan mudah mereka menjawab , tak senang, sibuk dan sebagainya, oleh kerana mereka sudah berjaya dan tidak perlu lagi khidmat bantu oleh FAMA. Pada hal peringkat permulaan, punyalah miskin dan daif. suruh cuci najis pun mereka sanggup lakukan."
Itu lah serba sedikit luahan rasa ketidakpuasan hati seorang Pegawai FAMA terhadap segelintir usahawan FAMA yang berada di bawah seliaan dan pemantauan pihak nya.
LAMAN WEB FAMA