Ahad, 5 September 2010

OTHMAN NOH DARI KAMPUNG EXPO DIANGKAT SEBAGAI ULARMAK PAS

Pada 1 September TM telah mendedahkan bahawa Masjid Kg Expo yang dibina oleh kerajaan BN akan disemah dengan najis mughallalzah, tidak kesampaian ini kerana bantahan awal oleh penduduk kampung tersebut sehingga ada yang membuat laporan polis.

Mengikut perancangan awal, Pas akan menggunakan masjid sebagai tempat sambutan kemerdekaan dan akan dihadiri oleh bekas speaker DUN Perak iaitu Sivakumar sebagai tetamu istimewa. Nga Kor Ming juga dijadualkan hadir dalam masjlis itu. dan majlis akan bermula sebaik sahaja selesai solat Asar.

Bagaimanapun setelah mendapat bantahan penduduk, AJK Masjid membatalkan program tersebut, tetapi meneruskan program berbuka puasa dan bantuan hari raya kepada penduduk yang menyokong Pas sahaja.

Sivakumar tak jadi hadir mungkin mungkin selepas dinasihatkan oleh AJK supaya jangan hadir.Bagaimanapun Ustaz Nga Nga ( Nga Kor Ming) hadir disaat-saat akhir sebelum berbuka puasa dan beliau sempat juga menyampaikan ucapan pendek dan merasmikan majlis tersebut

Ucaptama sepatutnya disampaikan oleh  Ustat Siva-Siva tetapi telah digantikan dengan YDP Pas Kawasan Taiping Mohammad Fakharudin Hj Abdul Aziz  yang juga seorang Guru Penolong Kanan di SMA Lil Banat Kampung Jana, Kamunting.

Sekolah ini merupakan sekolah agama rakyat yang dikenali sebagai Sekolah Arab dan mula beroperasi sejak awal tahun 60an lagi. Hari ini sekolah tersebut telah dibina baru daripada peruntukan kerajaan melalui PLB. dan PCG juga oleh kerajaan. Bagaimana pun warga sekolah ini menuduh kerajaan BN mengabaikan kebajikan dan menganak-tirikan sekolah ini.

Majlis pun berjalanlah seperti biasa cuma tersasar daripada objektif sebenar. Paling menarik ialah apabila diumumkan kepada hadirin bahawa Ustat Othman Noh telah dinobatkan sebagai Ulamak Pas pada majlis itu.

Bayangkan seorang bekas Sarjan tentera yang ilmunya tak seberapa telah diangkat menjadi ULAMAK. memang lucu lah... Kapten (B) Dato Najimuddin Elias pun tidak digelar ulamak, hanya sekadar ustaz sahaja.  Ustaz Najimuddin telah banyak menghasilkan buku-buku agama dan video ceramahnya laris sebelum bergelar YB. Kini tempat beliau diambil oleh saudara kandungnya iaitu Ustaz Kazim Elias.

Akibat terlalu seronok dan berbangga dengan gelaran barunya ULAMAK,  makmum yang hadir ke masjid petang itu melahirkan rasa tak puas hati kerana sebaik sahaja selesai solat maghrib beliau terus tazkirah atau ceramah politik.

Ceramah mengambil masa yang lama dan sebaik sahaja selesai solat Isya' beliau terus mengimamkan solat terawikh  tanpa sempat makmum membuat solat sunat.  Lagi satu perkara yang jemaah tidak berpuas hati ialah Othman Noh telah berdoa semoga semua penduduk Kampung Expo menyokong  dan ramai-ramai masuk Pas.

Othman Noh (42 tahun KP 680203-03-5**1) ini Sarjan pencen (Kagat)  boleh tahan juga lah duit pencen dia terima tiap-tiap bulan. tetapi isteri (KP 660913-10-6**2) bergajinya besar, maklumlah jadi guru sekolah kerajan BN. Setiap bulan dapat RM 5000 lebih tetapi tolak hutang rumah dan potong sana sini tinggallah RM 2,256.38 bersih,  campur dengan pencen suami cukup lah untuk menyara  hidup.

Tu belum kira elaun Imam dan sumbangan yang diperolehi semasa menjadi penceramah di surau dan masjid. Lagi pun kehidupan di Kamunting cukup selesa dan barangan semua murah. Ini lah yang menyebabkan pasangan dari Selangor dan Kelantan ini menjadi pemastautin di Kampung Expo Kamunting. 

Satu lagi makluman penting ialah pasangan suami isteri ini yang bergegar-gegar menjadi orang kuat Pas tidak pernah mengundi sejak dalam tentera lagi....TM dah semak melalui SPR mengesahkan mereka berdua bukan pengundi......hahaha...Cakap politik boleh runtuh serban tetapi orang pergi mengundi dia dok bising diluar.... agaknya tak lama lagi dia daftar lah kut.......lawak lawak....teringat peribahasa melayu. cakap berdegar-degar macam ayam sabung, tetapi ekornya penuh najis,,,,

Manolito Dahlan
Bagaimana pun Pengerusi masjid itu yang juga Kadi Daerah Krian , Ustaz Manolito tetap cool. mungkin dia pun dah bosan agaknya dengan si malaun Ularmak Othman Noh ini.

Nota tambahan,
Bila sebut sahaja nama Ustaz Kazim tak lengkap kalau tak cerita sikit mengenai beliau.  Ustaz Kazim, Ustaz Najmuddin dan Ustaz Hasbullah merupakan anak Hj Ellias dari Batu Kurau.

Bapa mereka Haji Elias meninggal duni awal tahun 70an akibat satu kemalangan jalanraya. Selepas itu keluarga ini hilang dari Batu Kurau, rupa-rupa mereka berpindah ke Selatan Perak, jika tak silap saya Hasbullah pernah menceritaka bahawa mereka menetap di Tanjung Malim.
Kazim Elias

Bagaimana pun setelah dewasa ketiga-tiga adik beradik ini menempah nama dalam bidang agama. Ustaz Kazim terkenal dengan ceramah-ceramahnya di masjid dan surau . Setiap kali beliau turun ke masjid-masjid Orang Pas akan penuh saf mendengar ceramah beliau. Mereka menyangka beliau adalah orang Pas. tetapi mereka silap besar. Kazim tidak menyokong mana-mana pihak , bagi beliau agama adalah perkara utama dan beliau mengecualikan diri dari politik.
Najmuddin Elias

Begitu juga Ustaz Najmudin, beliau bukanlah orang politik, jauh sekali dari sudut hatinya untuk bergelar YB. Akan tetapi namanya telah tertulis di loh mahfuz sebagai pemimpin masyarakat satu hari nanti.  Sebaik saja menamatkan perkhidmatan dari Kagat beliau menjalani kehidupan sebagai manusia biasa, balik kampung pun dengan menaiki bas awam sahaja. Tak ada kereta besar, tak ada mercedes.

Tiba-tiba Menteri Besar Perak ketika itu amat berminat dengan kebolehan beliau lalu dalam PRU 11 beliau dipilih untuk menjadi calon ADUN Batu Kurau.

Hj Daud
Bagaimanapun dengan Hasbulah , Hasbulah pada permulaannya balik ke kampung beliau sebagai pemuda biasa. Hasbullah juga pernah mendapatkan nasihat dari TM untuk menjadi ahli Umno, "Aku ni nak masuk cawangan mana yang elok " tanya beliau, akhirnya beliau memilih menjadi ahli cawangan Kg Paya, Batu Kurau, dan bintangnya terus cemerlang dan diangkat menjadi Timbalan Ketua Pemuda Larut dan Ketua Pemuda Larut selepas jawatan dikosongkan oleh YB Dato Hj Daud
Hasbullah Elias

Hari ini Hasbulah meneruskan perjuangannya selepas melepaskan jawatan Ketua Pemuda atas faktor usia dan menjadi pegawai JASA kawasan Larut.  begitulah serba sedikit mengenai 3 beradik yang hebat ini. Pas marah kepada Kazim kerana tidak menjadi ahli Pas dan berbagai-bagai gelaran yang tak manis diberikan kepada beliau.