Jumaat, 17 September 2010

PAS LARUT TERUS BERBOHONG


Pas Larut terus menafikan berita Pak Su Mat Arop yang menyertai Umno. Pas terpaksa menggunakan semua kepakaran dan memalsukan dukomen untuk terus menipu khalayak. TM tidak hairan dengan sikap munafik Pas kerana setiap kali ada PRU atau PRK memereka mahir dalam kerja menipu sebegini, Melaga-lagakan pemimpin Umno kononnya YB ini menyokong calon Pas dan menfitnah calon BN dengan pelbagai cerita palsu. Jadi bila keluar dua dukomen dibawah TM tidak merasa hairan atau terpedaya kerana itulah sikap sebenar Pas.

umno Tetap Berbohong Walau Bulan Ramadhan

Tuesday, 07 September 2010 08:58 Firdaus
Print PDF

UMNO BERBOHONG DI BULAN RAMADAN

laporan di bawah menunjukkan satu lagi siri pembohongan ciptaan Umno,

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm



Berikut adalah bukti yang menunjukkan Umno sangat terdesak sehingga  sanggup
berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mendakwa 756 ahli PAS  menyertai Umno :

1) Setelah disoal selidik ahli PAS cawangan yang berhampiran  Bagan  Baru,
didapati tiada ahli PAS yang menyertai Umno kecuali Mat Arop Saman  dan isteri
sahaja. Ini menunjukkan dakwaan Dr Zambry Abdul Kadir  sebahagian besar 756 yang
menyertai Umno itu ahli PAS adalah tidak benar  sama sekali.

2) Cawangan PAS Bagan Baru belum didaftarkan di bawah ROS dan belum  mempunyai
jawatankuasa penaja peringkat cawangan, fakta ini menolak  dakwaan Mat Arop
Saman memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua PAS  Cawangan Bagan Baru selama 22
tahun.

3) Mat Arop Saman telah diterima menjadi ahli PAS pada 22 jun 2009  setelah
membuat permohonan pada tahun 2008 ketika PR memerintah negeri  Perak. Fakta ini
menolak dakwaan Mat Arop Saman telah menjadi ahli PAS  selama 32 tahun.

Dengan ini, Dewan Pemuda PAS Negeri  Perak mencabar Umno Perak supaya
mendedahkan senarai nama ahli PAS yang menyertai Umno jika benar seperti yang
didakwa. Jika tidak, Pemimpin Umno terus akan dikenang oleh jenerasi akan datang
sebagai tokoh pembohongan.



MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak

dipalsukan fakta oleh Pas
Mat Arop Saman yang membuat permohonan untuk menjadi ahli PAS Pada
tahun 2008

Bukti Pas sakit jiwa dengan Pak Su Mat Arop
gotong royong untuk mendirikan markaz PAS cawangan Bagan Baru yang
akan didaftarkan.Ia dibina bersebelahan dengan rumah Mat Arop yang berwarna
kuning. Buat masa ini, ahli PAS Bagan Baru berada di bawah pentadbiran PAS
Cawangan Sungai Lempong

Munafik Pas memalsukan fakta sebenar
Mat Arop Saman telah diterima menjadi ahli PAS secara rasmi pada 22
jun 2009 seperti yang tertera pada sijil