Seorang sahabat tadi memaklumkan kepada TM tentang Dap Perak yang bersikap perkaum atau rasis. Ceritanya ialah mengenai tanah kebun getah yang diteroka oleh 25 pekebun getah di Kubu Gajah Selama. Penduduk ini telah kerap kali memohon hak milik tetapi tidak diluluskan oleh kerajaan. Bagaimana pun mereka terus berusaha tanpa jemu, mereka faham mungkin kerajaan mempunyai perancangan lain untuk memajukan tanah tersebut.
Bagaimanapun kesabaran mereka berakhir apabila mendapat tahu bahawa kebun getah yang mereka usahakan telah menjadi milik orang lain. Milik siapa dan siapa punya angkara? Sabar!! nanti teman kaborkan.
Perkara yang sama juga berlaku kepada kawasan Bukit Gantang, dimana beberapa peneroka telah mengusahakan sebidang tanah untuk bercucuk tanam dengan pokok buah-buahan tetiba datang orang lain halau mereka kononnya tanah yang mereka usahakan adalah milik mereka.
Inilah sikap perkauman yang ditunjukkan oleh Dap Perak sewaktu memerintah 11 bulan. Penduduk Kubu Gajah dan Bukit Gantang cukup marah dengan Nizar penderhaka bangsa. Ada yang asah parang tunggu Nizar datang.
Mereka cuba merampas hak orang lain dengan jalan yang jahat. Hal yang sama berlaku kepada penduduk India di Aulong Lama. Kebanyakan tanah setinggan yang telah diberi geran hak milik kini semua sudah bertukar tangan kepada golongan Dap.
Tak lama lagi penduduk yang meneroka tanah KTM sepanjang Aulong ke Kuala Sepetang juga akan berakhir seperti setinggan Aulong Lama. Mereka mengumpan wang ringgit kepada penduduk, bila hutang berganda akhirnya tanah tergadai kepada Dap. India Aulong merempat lagi mencari tanah kerajaan yang kosong untuk diteroka.
Sepanjang 11 bulan tidak ada usaha langsung yang dilakukan oleh Nizar untuk memberi tanah kepada Melayu, sebaliknya gila melayan kehendak Ngeh dan Ngar.
Begitu jugalah halnya dengan Kem tentera yang terletak sepanjang Jalan Kamunting Lama. Ia juga bakal lenyap jika Dap terus memerintah Perak. Nga Kor Ming tahu bahawa pegangan tanah tersebut sudah tamat dan berusaha untuk mendapatkannya. Mujurlah Adun Kamunting masih menjadi milik Umno. Kem tersebut berjaya diselamatkan.
Ini lah sikap Pas yang tidak memperdulikan bangsa dan tanah air, hanya menjadi binatang tunggangan Dap yang bersifat perkauaman. Bodoh Pas sama tahap bodohnya Hindraf.