Teoh minta restu dari Nik Aziz |
Sebelum ini Umno sering menjemput wakil-wakil rakyat bukan Islam hadir ke masjid dalam majlis berbuka puasa dan menyampai bantuan kepada fakir miskin, itu pun di luar ruang solat atau lebih tepat di dewan atau di halaman masjid.
Pas dengan lantang mengkritik tindakan Umno kononnya tidak Islam dan haram. Pengerusi Masjid dan pemimpin masyarakat Umno dan BN dicela dan dimaki serta dilabelkan sebagai sesat dan tidak berpegang kepada ajaran Islam. Paling teruk apabila Umno dilabelkan kafir.
Baru-baru ini di Perak Y.Bhg Dato Seri Lim Kim Yik telah dijemput oleh Umno dalam satu majlis berbuka puasa di kawasan Parlimen Beruas. Tempat dimana beliau menjadi wakil parlimen untuk beberapa penggal.
Walaupun tidak lagi menjadi menteri atau wakil rakyat, hubungan beliau dengan masyarakat Melayu masih utuh. Beliau dijemput untuk majlis berbuka puasa seperti yang sering dilakukannya sebelum ini. Majlis dibuat dihalaman masjid.
Apabila berita sampai ketelinga puak-puak lalat hijau, kesemua jawatankuasa masjid dan pemimpin masyarakat dilabelkan sebagai sesat, haram dan tidak berpegang kepada ajaran Quran dan Hadith.
Allah maha kaya, belum sempat puasa tamat, beberapa pemimpin Pas sendiri telah merelakan Dap Kafir Harbi yang anti Islam dan anti Melayu masuk dan beriktikaf dalam masjid bersama-sama jemaah lain yang terdiri dari lelaki dan perempuan.
Paling memalukan Pas apabila YB Teoh Ni Ching dari Serdang memberi ucapan di hadapan mimbar masjid tanpa menutup kepala dan hanya berbaju kebaya. Sedangkan wanita Melayu yang rugged dari bandar pun apabila masuk ke dalam masjid pandai menutup aurat mereka.
Paling menjijikkan apabila Kapir harbi menyampaikan tazkirah poltik, Jika dahulu Pas hanya mengimport Ustaz-ustaz Pas untuk bertazkirah , hari ini tempat tersebut diambil alih oleh bukan Islam
Pecacai Pas terpaksa mempertahan tindakan mereka dengan mengaitkan kisah zaman Rasulullah yang mengizinkan bukan Islam bertemu Baginda di dalam masjid.
Paling terbaru pecacai Pas telah menggunakan kisah Saidina Umar yang membaca Quran walhal beliau bukan beragama Islam.
Akan tetapi Ustaz Pas tidak menceritakan kepada makmum dalam tazkirah terawikh bahawa adindanya Fatimah menyuruh Saidina Umar mandi dan membersihkan diri terlebih dahulu sebelum menyentuh dan membaca Al- Quran. Tok Guru Pas berkata Saidina Umar membaca dan tidak menjadi kesalahan. Kenapa apabila Nga Kor Ming baca ayat Quran Umno bising dan riuh satu Malaya sampai masuk dalam TV1,TV2 , TV3 dan selagi ada tv semua masuk.
Pas mungkin lupa bahawa bahasa Al Quran adalah bahasa Arab.Oleh itu tidak menjadi masalah kepada Saidina Umar untuk membaca ayat suci kerana itu bahasanya. Kita di Malaysia bukan menggunakan bahasa Arab. Jadi jangan disamakan isu Nga baca Quran dengan Saidina Umar.
Satu lagi nak tanya kepada Pas ialah Adakah Nga Kor Ming memeluk Islam setelah beliau membaca Quran seperti mana yang berlaku kepada Saidina Umar.
Untuk makluman pembaca, YB Nga Kor Ming pernah dihadiahkan senaskah Al- Quran oleh AJK masjid semasa beliau hadir ke Masjid Kg Expo pada Disember 2009 dalam majlis berkhatan dan majlis Korban Aidul Adha tahun lalu
Perkara mandi dan menyucikan diri ini seperti yang dilakukan oleh Saidina Umar, Pacacai Pas tak berani nak sebut sebab Dap Kafir harbi seperti Nga Kor Ming, Gobala dan ramai lagi membaca ayat suci Al-Quran dengan tubuh badan yang kotor dan tak mandi. Begitu juga dengan Dap wanita seperti Teoh, Hannah Yeoh, Teresa Kok, dan ramai lagi yang tak mandi dan tak diketahui samada mereka dalam keadaan haid atau tidak.
Pas juga mengaitkan lawatan Pop ke masjid Tallal Yusof dan banyak lagi, sedangkan Pop yang masuk hanya untuk lawatan biasa dan tidak pula memberi tazkirah dan sebagainya. Ini menunjukkan Pas lemas dalam isu ini dan mengaitkan apa saja yang berlaku didunia lain. Pas juga lupa bahawa lain bumi lain pula mazhabnya
Dahulu sewaktu Tun Mahathir melawat Pop John Paul di Vatican City dan menerima cenderahati oleh Pop, Pas telah mengutuk Tun Mahathir kononnya beliau sesat dan murtad. Itu bila berlaku kepada pemimpin BN dan Umno.
Hari ini Pas berkata mereka berjaya mendekatkan pemimpin Dap untuk memahami Islam. Masa Umno memerintah jangan harap mereka nak mendekatkan diri dengan Islam. Pas berbangga membawa Dap masuk ke masjid. Begitu lah celarunya pemikiran pemimpin Pas. Apabila Umno buat semuanya haram, tetapi apabila sampai kepada mereka semua nya halal.
Umat Islam di Malaysia hari ini terutama orang Pas menjadi pening dan celaru. Sudahnya pemimpin Pas menyalahkan Umno yang memutar belitkan fakta. Khalid Samad berani menuduh Sultan Selangor mendapat fakta yang salah apabila bloggers Pro BN mendedahkan kepincangan dan kecelaruan pemimpin Pas yang jumud dan dangkal dalam urusan agama.
Gambar ini adalah bukti Pas mengelabah dalam isu Kapir Harbi masuk masjid. Pas menjadi seperti Red Indian dapat senapang, tembak ikut suka hati janji mereka menembak, kena atau tidak itu tidak menjadi soal.
Pas semakin sesat dalam dunia mereka sendiri.