Khamis, 2 September 2010

SAMBUTAN KEMERDEKAAN: PERAK HAMBAR DAN LESU KATA PAS PERAK

PAS YANG BINGAI TAK FAHAM SEKARANG IALAH BULAN PUASA.
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat sedih upacara Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke – 53 pada tahun ini peringkat Negeri Perak yang telah diadakan di Stadium Perak, Ipoh hambar dan lesu tanpa kehadiran rakyat bagi menyambutnya bersama-sama pada tahun ini dengan terciptanya sejarah buruk yang amat memalukan.
[ PAS YANG DOK KOMEN NI HANGPA BUAT APA? DULU 2008 APA YANG HANGPA BUAT? TAK APA PUN]

Suasana ini dapat dilihat kekosongan seluruh sudut Stadium Perak yang memburukkan suasana sambutan pada kali ini. DPPN Pk tidak tahu di mana punca sebenarnya permasalahan ini, tetapi kerajaan negeri mesti melihat keadaan tersebut secara serius. Bulan Ramadhan bukanlah halangan untuk rakyat menzahirkan semangat patriotisma walaupun berpuasa.
[ AGAKNYA KALAU PAS BUAT MESTI ADA PERTUNJUKAN GULING-GULING ATAS JALAN SAMBIL PEGANG BENDERA PAS]

Sejarah seperti ini tidak sepatutnya berulang kerana ianya amat memalukan kita yang sudah mencapai kemerdekaan yang ke – 53. Sepatutnya kerajaan negeri mengkaji dahulu permasalahan tersebut dan pada awal lagi kempen sambutan pada tahun ini juga lesu. Inilah punca sebenarnya rakyat tidak menyambut seranan kerajaan negeri terutamanya tahun ini. Kerajaan negeri sepatutnya memperbanyakkan kempen dan informasi sambutan Kemerdekaan di peringkat negeri.
[ BOLEH TUNJUKKAN BUKTI SECARA VIDEO ATAU STILL PIC? INI MAIN TULIS DAN MENGESAHKAN PAS KAKI KELENTONG DAN RAJA PEMBOHONG MACAM KOMUNIS BUNTANG 3 LIM GUAN ENG]

DPPN Pk juga dimaklumkan banyak NGO-NGO serta badan-badan induk tidak dilibatkan dalam majlis sambutan Kemerdekaan peringkat negeri. DPPN Pk yang sentiasa membuka pintu kerjasama dalam isu-isu dan perkara kepentingan negara juga tidak dijemput untuk majlis tersebut berbanding sewaktu Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak memerintah dahulu seluruh NGO, hattan parti politik dijemput untuk menjayakan sambutan Kemerdekaan.
[PERKATAAN DIMAKLUMKAN BERMAKNA PENULIS INI TIDAK BERADA DALAM DEWAN TERSEBUT- MENULIS BERDASARKAN TELEFON ROSAK]

DPPN Pk meminta kerajaan negeri memulihkan kembali suasana yang memburukkan nama Negeri Perak dan berharap suasana seperti ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan. DPPN Pk menyeru kepada seluruh rakyat Negeri Perak agar mengembalikan semangat kemerdekaan sebenar bagi seorang rakyat yang merdeka jiwanya!


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


BERIKUT IALAH BERITA SAHIH YANG BOLEH DITERIMA AKAL/ YANG ATAS ADALAH BERITA ORANG KECEWA KERANA NIZAR JAMALUDIN TIDAK LAGI MENJADI MENTERI BESAR.

IPOH 31 Ogos - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini berkenan mencemar duli menghadiri Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 bertemakan 1Malaysia Menjana Transformasi di Stadium Perak di sini hari ini.

Turut berangkat sama ialah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah; Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan beberapa Exco kerajaan negeri Perak turut hadir memeriahkan majlis.

Majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu bermula dengan ikrar Hari Kebangsaan, persembahan koir nyanyian lagu-lagu patriotik serta deklamasi puisi kemerdekaan.

Sebanyak 37 kontinjen pasukan beruniform, jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.

Selain itu, pasukan gimnastik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak ketinggalan melakukan aksi akrobatik selain pencak silat seni mempertahankan diri yang dipersembahkan Tentera Darat Malaysia (TDM) melibatkan anggota pelbagai kaum.

Majlis diakhiri dengan persembahan kebudayaan daripada Jabatan Kesenian dan Kebudayaan negeri membabitkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

Sultan Azlan Shah berangkat meninggalkan stadium pada pukul 10.05 pagi disusuli oleh Raja Muda Perak dan Raja Dihilir Perak.

Kontinjen Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diisytiharkan sebagai pemenang perbarisan sambutan kemerdekaan pada tahun ini sebelum majlis bersurai.


INI PULA SAMBUTAN MERDEKA DI PERAK PADA TAHUN 2008 SEMASA NIZAR JADI MB / BUKAN DIBULAN PUASA. DI AMBIL DARI BLOG BINI NIZAR

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 Peringkat Negeri Perak

Perarakan Hari Kemerdekaan ke-51 Peringkat Negeri Perak
telah diadakan di bandaraya Ipoh

Seawal pagi jam 7.45 saya sudah bersiap untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 peringkat negeri Perak. Saya dan suami tiba di venue program iaitu berhadapan stesyen keretapi Ipoh pada jam 8.00 pagi dan bersiap menunggu ketibaan Raja Dihilir Perak, Raja Muda Perak dan Paduka Seri Sultan Perak.

Majlis Perarakan Hari Kemerdekaan dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak dan pemeriksaan Kawalan Kehormatan. Sejurus selepas itu Nyanyian Lagu Negeraku berkumandang dan jalur gemilang dinaikkan.

Sebelum perarakan bermula yang disertai oleh 90 kontinjen, Ikrar Hari Kemerdekaan dilaungkan dan disusuli dengan persembahan koir, deklamasi puisi dan pertunjukan kebudayaan.

Selesai majlis perarakan pada jam 10.15 pagi, saya dan suami terus pulang ke kediaman. Berehat seketika sehingga jam 1.00 petang sebelum bersiap untuk menghadiri Majlis Jamuan Teh sempena Hari Kemerdekaan yang telah diadakan di Dataran Bandaraya Ipoh.

Selepas minum petang, penyampaian hadiah diadakan untuk para pemenang Perarakan Hari Kemerdekaan yang telah berlangsung disebelah pagi.

Selesai sahaja majlis saya dan suami terus pulang ke rumah dan tiba tepat jam 4.30 petang. Suami hanya ada masa 30 minit solat dan bersiap untuk ke Manjung. Tepat jam 5.00 petang suami ditemani anak keempat iaitu Syadeed dan menantu sulung bergerak ke Pasir Panjang menghadiri majlis Rukyah Hilal Ramadan yang diadakan di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang, Segari, Manjung.

Saya menunggu kepulangan suami dari Manjung dan beliau tiba pada jam 11.45 malam. Suami memberitahu, selepas menghadiri majlis Rukyah Hilal di Segari beliau terus ke Seri Manjung untuk menyampaikan Tazkirah Solat Tarawih di Surau Al-Ihsan, Taman Samudera.

Esok semua umat Islam sudah mulai berpuasa dan sepanjang Ramadan ini saya lihat program suami sudah terlalu padat. Saya sentiasa mendoakan agar beliau sentiasa dimudahkan oleh Allah dalam memikul amanah besar sebagai seorang Menteri Besar.

9.00 pagi
Saya dan suami bersama tetamu kehormat lain di Majlis Perarakan
Hari Kemerdekaan ke-51