Hujung minggu dan musim perayaan , pengguna lebuhraya adalah terdiri daripada pelbagai kategori pemandu. Ada yang cekap 'full pro', ada yang baru belajar nak jadi pro tetapi pengalaman tak cukup, ada yang 'P' dan terhenjut-henjut dan teragak-agak.
Masalah seterusnya ialah wujud yang memandu dan berkhayal. Khayal dengan telefon dan khayal dengan nikmat menyedut candu rokok.
Satu hal lagi ialah pemandu yang teragak-agak. Mereka suka berada di lorong kanan dan memandu perlahan. Kumpulan ini lah yang menyebabkan jalan sesak. Kalau ada sepuluh kereta yang makan angin di lorong paling kanan , jawabnya di belakang satu atau dua kilometer akan jam dan sesak.
Pesanan TM kepada pemandu yang semi-pro ini jangan lah makan angin , gunalah lorong kiri dan pandulah 80km/j sapa pun tak marah.