TM lebih suka melihat proses saman ekor diteruskan kerana ia mudah dan memberi banyak kebaikan samada kepada pengguna atau pun pihak yang melaksanakan tugasan iaitu polis trafik.
Kebaikannya ialah;
- Ia tidak mengganggu masa perjalanan seseorang yang sangat perlu segera sampai ke satu destinasi mengikut jadual yang dirancangnya.
- Saman ekor tidak memilih mangsa, sesiapa saja yang bersalah pasti akan menerima surat kompaun, sahabat, anak atau adik polis trafik, menteri, wakil rakyat atau jutawan semua akan menerima habuannya.
- Dapat mengelakkan unsur-unsur negatif yang boleh menjatuhkan maruah penjawat awam jika kenderaan ditahan dan diarahkan ke tepi jalan. Kemungkinan kerap berlaku gejala negatif tetap ada.
- Saman ekor juga dapat mengelakkan kesesakkan jalanraya kerana tiada sekatan yang dibuat oleh polis trafik.
- dll