Khamis, 30 September 2010

TOK GURU NIK AZIZ AJAK UMNO JADI SESAT BERSAMA PAS

Pelik tetapi benar. Adakah Nik Aziz buang tebiat (tabiat) . Hari ini Nik sudah mula bercakap mengenai 'Perpaduan Melayu'.

Apakah Nik Aziz baru sedar bahawa perpaduan Melayu itu penting. Apakah Nik Aziz lupa bahawa bahawa beliau terlalu fobia Melayu dalam Umno.

Apakah muslihat Pas hanya untuk menang mudah dalam PRK N45 Galas. Nik Aziz boleh bertukar rupa sepertimana Anwar dan boleh berubah fikiran bila-bila masa demi kepentingan politik Pas.

Mengajak Umno menjadi Pas boleh diibaratkan sebagai cubaan menyesatkan Umno atau cubaan Dajal untuk merosakkan umat.

Cukuplah Pas sesat bersendirian dan tak perlu mengajak Umno sesat bersama Pas, Dap dan Pkr. Perpaduan Melayu yang dipupuk dan disemai dengan baik telah punah dan rosak kerana Pas dan Pkr.

Sejak Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman hingga lah kepada Dato Seri Najib mereka telah berusaha menyatupadukan rakyat sebelum merdeka lagi di bawah payung  Umno dan Perikatan sebelum dikenali sebagai BARISAN NASIONAL.(BN)

Tiba-tiba kini Pas parti serpihan Umno pula yang mengajak Umno membubarkan parti keramat Melayu dan menyertai mereka.

Sudahlah.....Umno tak perlu melayan karenah Pas. Apa yang perlu Melayu lakukan hari ini ialah memperkukuhkan perpaduan Melayu melalui Umno dan juga Perkasa, tinggalkan kumpulan sesat yang sanggup menjual agama, bangsa dan negara.




Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat  mengajak anggota UMNO sertai Pas sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.


Mursyidul Am Pas itu berkata, ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti tersebut.

"UMNO tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu Pas. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain dari Pas," katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan agar UMNO tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada Pas demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu.