Khamis, 30 September 2010

Lembaga Air Perak bayar bonus tiga setengah bulan kepada kakitangan

Dalam mesyuarat Lembaga Air Perak pada 27 September 2010  Isnin lepas, Pengerusinya telah mengumumkan untuk memberi bonus 3 bulan setengah kepada kakitangannya.
Sepanjang 53 Merdeka Lembaga Air Perak telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada lebih 2 juta penduduk Perak. 

Bagaimanapun sebahagian besar kakitangan LAP adalah penyokong parti pembangkang iaitu Pas dan TM juga ingin menasihatkan mereka supaya berfikiran waras dengan menilai semula sokongan mereka kepada parti Pas yang ternyata gagal menguruskan air di Kelantan dan Kedah. 

Ayoh!!! Wahai kakitangan LAP disemua peringkat, buka lah minda, buka lah pintu hati, tinggalkan Pas dan sokong kerajaan yang ada sekarang iaitu kerajaan BN yang membela rakyat dan juara rakyat.

Esok 1 Oktober 2010 satu sejarah akan tercatat dalam negeri Kedah kerana menaikkan tarif air . Ini amat bertentangan dengan Pas yang menghina Umno/BN dengan slogan [BN=Barang Naik]. 

Kelantan 20 tahun Pas gagal menguruskan air untuk seluruh penduduk Kelantan. Selangor baru 2 tahun ditadbir Pakatan , Masalah air terus menjadi agenda politik yang tak berkesudahan.

Apa yang berlaku di Perak sepatutnya dapat membuka mata hati penduduk Kedah, Kelantan, Selangor dan Khasnya kepada kakitangan LAP yang menentang kerajaan.
Lembaga Air Perak (LAP) akan membayar bonus sebanyak tiga setengah bulan kepada kakitangannya tahun ini.


Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata pembayaran bonus itu akan melibatkan 1,100 kakitangan LAP dengan perbelanjaan RM6.6 juta.

“Bayaran pertama satu setengah bulan gaji telah dibayar pada awal bulan puasa manakala selebihnya akan dibayar pada akhir tahun ini,” katanya.

Zambry yang juga Pengerusi LAP berkata pembayaran bonus tahun ini adalah yang tertinggi dan ia dibuat ekoran prestasi cemerlang LAP secara keseluruhan.

Tahun lepas LAP membayar bonus dua bulan gaji.

Beliau juga berkata berkata pencapaian itu adalah hasil kerja kuat semua kakitangan yang perlu dihargai.

Zambry juga berkata mereka layak menerima bonus itu kerana setimpal dengan apa yang diusahakan dan adalah diharapkan agensi lain akan berusaha mengikut jejak LAP yang menunjukkan prestasi yang baik.

Dalam pada itu, beliau berkata LAP juga telah diarah berusaha mengatasi masalah berkaitan dengan penyaluran paip bagi membekalkan air ke kawasan pedalaman.

Mengenai prestasi LAP, beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, LAP mencatat jualan air sebanyak RM179.77 juta berbanding RM169.39 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Sebahagian besar peningkatan ini disumbang oleh peningkatan dalam pendapatan faedah dan dividen sebanyak RM1.53 juta, katanya.

Jumlah anggaran keuntungan bersih sebelum cukai adalah sebanyak RM70.32 juta berbanding dengan RM42.52 juta pada tahun 2009 dengan peningkatan sebanyak RM27.80 juta (65.4%), katanya.