Ahad, 17 Oktober 2010

ANWAR DAN ZAMAN KEJATUHANNYA

PKR Sdn Bhd


Anwar dilabelkan sebagai pemimpin hebat oleh sesetengah orang terutama yang mereka yang berpihak kepada parti pembangkang. Pucuk kepimpinan parti Dap dan Pas juga memuji Anwar kononnya dialah pemimpin hebat abad ini.

Apa yang disebut oleh Pas dan Dap sebenarnya bukanlah lahir dari hati yang ikhlas dan suci, ia hanyalah lakonan dan kepura-puraan semata. Ini adalah kenyataan yang benar kerana sewaktu Anwar berada di dalam Umno Pas dan Dap sentiasa menyerang dan menuduh Anwar dengan pelbagai tuduhan yang mengaibkan peribadi Anwar.

Dap sendiri melalui Lim Guang Eng pernah menuduh Anwar kaki perempuan dan kaki gay. Mempunyai hubungan sulit dengan lebih dari 26 wanita, Pas melalui Mat Sabu telah pun menggelar Anwar sebagai Aljuburiwalliwati. Nik Aziz sendiri pernah mengecam Anwar dengan pelbagai tohmahan terutama sewaktu kempen pilihanraya Permatang Pauh ketika Umno menentang Pas, Anwar mewakli BN menentang Pas di P44.

Sewaktu lawatan Lee Kuan Yew ke Kuala Lumpur beliau telah menyatakan kekesalannya kepada Tun Mahathir kerana mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri yang biseksual. Lee Kuan Yew berani mendedahkan cerita demikian bukanlah kerana agenda politik untuk memecah belahkan kepimpinan negara tetap kenyataannya ada hasil daripada sumber risikan mereka. Kenyataan sedemikian juga datangnya daripada sumber perisikan Australia .

Oleh sebab itulah Anwar tidak pernah membuat lawatan ke dua-dua negara ini. Baru-baru ini sewaktu kematian isteri kepada Lee Kuan Yew, Anwar langsung tidak mengucapkan takziah apalagi untuk pergi memberi penghormatan sepertimana yang dilakukan oleh Nik Aziz yang sanggup terbang dari Kota Bharu walaupun dalam keadaan yang uzur.

Tahun ini 2010 genap 12 tahun Anwar dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia [ 2 September 1998] dan dan dibuang daripada Umno, ia berlaku selepas 5 tahun Lee kenyataan Lee Kuan Yew. Tun Mahathir mengambil masa yang cukup lama untuk menyiasat kegiatan haram Anwar. Bayangkan betapa kecewanya Tun Mahathir terhadap perilaku Anwar yang selama ini ditatang dan disanjung oleh Tun tetapi akhirnya Tun Mahathir terpaksa menelan segala kepahitan demi sayangkan negara daripada diperintah oleh seorang ‘Biseksual’.

12 tahun berlaku jugalah Datin Seri Dr Wan Azizah menubuhkan Parti Keadilan semata-mata untuk menuntut keadilan terhadap ‘konspirasi’ politik yang dicipta oleh Tun Mahathir katanya. Wan Azizah tidak dapat menerima kenyataan bahawa Anwar seorang lelaki ‘Bi’. Kita tidak dapat menyalahkan Wan Azizah dalam isu ini kerana tidak semua rahsia suaminya diketahuinya. Akan tetapi yang amat tahu segala rahsia hitam Anwar ialah rakan-rakan karibnya sewaktu di Maktab Melayu Kuala Kangsar, rakan-rakan di Universiti Malaya, rakan-rakan dalam Abim, rakan-rakan tennis dan rakan-rakan ekuinnya. Malah yang mendedahkan kelahiran Nurul Izzah yang tidak cukup hari nya adalah daripada Abim juga.

Bagaimana Mat Sabu dan Lim Guan Eng mendapat maklumat tentang kegiatan ‘hitam’ Anwar jika tidak daripada rakan-rakan Anwar sendiri. Cuma yang boleh dipuji ialah bekas imam besar Masjid Negara iaitu YB Hj Taib Azamudin yang menyimpan kemas rahsia besar Anwar hingga ke hari ini walaupun ia telah didedahkan kepada umum tetapi dari mulut Taib langsung tiada demi menjaga kerahsian.

Parti Keadilan terus berkembang dengan kemasukan Parti Rakyat Sosialis Malaysia yang berlambangkan kepala lembu dan menjadikan nama baru kepada Parti Keadilan Rakyat. Sejak tarikh itu bermulalah kemasukan beramai-ramai pelbagai kaum ke dalam parti tersebut. Sebelum ini Parti Keadilan adalah 99 peratus orang Melayu yang bersimpati kepada Anwar.

99 peratus ini lah yang berdemontrasi sepanjang hari siang dan malam di Kuala Lumpur untuk membuat huru-hara kononnya untuk menentang kezaliman. Hampir 16 tahun Anwar bersifat lembut dan berbudi bahasa dalam Umno, tiba-tiba bertukar menjadi syaitan setelah dipecat. Ini dapat dilihat bagaimana hebatnya Anwar melemparkan tuduhan terhadap Umno seolah-olah dia lupa bahawa apa yang dituturkan dalam sidang media di rumahnya di Bukit Damansara semuanya boleh diibaratkan meludah ke langit. Ini kerana apa yang disebutkan adalah apa yang dilakukannya sendiri.

Sebahagian besar pengikut setia Anwar dari pelbagai sektor telah sedar dan meninggalkan parti terutama mereka yang asalnya daripada Umno. Hanya yang tinggal dalam Pkr hari ini hanya beberapa kerat sahaja seperti Azmin Ali , Saifudin Nasation, Mustafa Kamil Ayub dan beberapa orang sahaja lagi. Mereka yang masih bersama Anwar ialah mereka yang tidak mampu hidup tanpa bantuan dan kewangan Anwar. Mahu tidak mahu selagi ada fulus selagi itu mereka pertahankan Anwar. Ini termasuk juga golongan cendikiawan seperti Dr Mat Nor Manutty dan Dr Badrul Amin. Badrul Amin berjaya menjadi wakil rakyat boleh lah bertahan, kesian pula melihat Mat Nor Manutty yang sudah menjadi kupang tembaga. Nak balik kampung pun malu kepada kaum keluarga dan sahabat handai. Begitu juga Azmin Ali malu untuk pulang ke rumah mentua di Taiping.

Begitu juga dengan Badrul Amin yang amat malu dan rasa bersalah kepada penduduk dan kepimpinan parti Berjaya Sabah lebih-lebih lagi kepada Dato Harris Salleh yang banyak berjasa dan membantu Badrul keluar daripada kepompong kemiskinan. Hari ini Badrul Amin hanya berharapkan agar PRU 13 tidak dibuat terlalu awal kerana karier politik dalam PKR semakin tawar. Namanya hampir dilupakan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yang sedang berjalan. Badrul Amin hanya akan bergantung hidup kepada wang pencen wakil rakyat sahaja. Mungkin hari ini Badrul sudah merasa kesal meninggalkan karriernya sebagai pensyarah di IPTA, begitu jugalah apa yang ditanggung oleh Mat Nor Manutty.

PKR hari ini huru-hara dengan ‘keriang dot’ dan ‘apek bayat’. Kumpulan ini yang tidak faham politik sanggup merusuh dalam pemilihan cabang. Bukan satu atau dua kejadian rusuhan tetapi banyak. Ini juga menyatakan kegagalan PKR yang cuba membentuk parti pelbagai kaum. Kita lihat jelas perebutan kuasa dalam cabang-cabang adalah berlandaskan kepada faktor kaum. Tempat yang ramai India , mereka cuba menaikkan kaum India, kawasan Cina juga berlaku fenomena sama, mereka akan mengangkat kaum mereka dan cuba menjatuhkan kaum lain. Ia jelas mendedahkan semangat perkauman atau rasis kukuh dalam PKR.

Ia berbeza dalam Barisan Nasional, dalam BN yang terdiri daripada parti-parti kaum seperti UMNO, MCA , MIC dan lain-lain lagi. Walaupun dianggap parti perkauman oleh pembangkang tetapi halatujunya amat murni. Segala keputusan dalam BN adalah dibuat secara demokrasi dalam meja perundingan antara parti- parti komponen dalam BN. Apa yang dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti , itu yang diguna pakai sehingga ke hari ini.

Bayangkan jika dalam Umno ada orang India, Cina dan lain-lain etnik sudah tentu pergaduhan dan percakaran akan berlaku seperti mana dalam Pkr dan Dap sekarang ini. Lihat kepada perbalahan isu kaum dalam Dap Perak. Cina Dap cuba menyingkirkan India Dap. Inilah yang berlaku kepada Kulasegaran dan Ngeh & Nga. Kula masih cuba mempertahan kedudukan dan kaum India Perak dalam Dap sedangkan Ngeh & Nga cuba memonopoli Dap Perak untuk orang Cina sahaja. Sebelum ini Ngeh telah berjaya menyingkarkan Melayu dalam Dap Perak.

Akhir kata , Anwar yang disanjung dan ditatang oleh Pas terutamanya adalah seorang yang gagal, gagal menguruskan PKR dan gagal dalam politik. Beberapa hari lepas Anwar dikecam hebat oleh banyak pihak kerana beliau memburuk-burukkan imej negara di TV Indonesia. Sebelum ini beliau banyak kali memburukkan negara di England, Sweden, German, Qatar, Amerika, dan tempat-tempat lain kecuali di Singapore dan Australia kerana dua negara ini lah yang telah menjatuhkan karrier politik beliau.