Sabtu, 16 Oktober 2010

PKR HARI INI

Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mengesahkan beliau akan bertanding merebut kerusi Naib Presiden PKR pada pemilihan parti itu, November depan. Nurul Izzah turut menjelaskan bahawa beliau menolak pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden dan memilih untuk bertanding merebut jawatan nombor tiga pa...rti berikutan keterbatasan dan ruang yang ada pada beliau ketika ini.

Kira-kira 60 anggota AMK berkumpul di hadapan ibu pejabat PKR bagi mendesak penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya segera berundur daripada kepimpinan parti.Mereka yang mendakwa anggota PKR Pulau Pinang dan Perak, turut menyerahkan Memorandum Taubat kepada petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat parti itu, Rauo Imran untuk diberikan kepada Anwar