Jumaat, 1 Oktober 2010

APA SUDAH JADI DENGAN ALAMANDA.?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memandang serius masalah yang dihadapi sesetengah penyewa di pusat beli-belah Alamanda dengan mengarahkan pegawainya untuk menyiasat perkara itu.

Menteri kementerian berkenaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kementeriannya mungkin mengkaji dan meneliti keseluruhan isu malah penyewa di Alamanda kerana tidak ada sebarang garis panduan khusus mengenai perkara itu.

"Pihak pengurusan Alamanda tidak sepatutnya terlalu mementingkan keuntungan sebaliknya perlu melihat dari segi tanggungjawab sosial dan pembangunan sesebuah perniagaan itu.

"Walaupun keuntungan adalah perkara pokok, tetapi dalam masa yang sama dari segi kemanusiaan juga perlu diberi penekanan,” katanya pada sidang akhbar berhubung isu pemilik butik pakaian Muslimah Zaida’s Collection, Zaida Abd. Aziz yang tidak dibenarkan meneruskan perniagaanya di pusat beli-belah itu.

Zaida, 44, berkata, beliau terpaksa keluar berikutan kegagalannya untuk membayar sewa yang terlampau tinggi iaitu RM16,000 sebulan yang sebelum ini RM8,000. – Bernama