Jumaat, 1 Oktober 2010

UMNO KEDAH BUAT KESILAPAN BESAR BANTAH KENAIKAN TARIF AIR

Kesalahan Pertama
Badan Perhubungan UMNO Kedah melakukan satu kesilapan besar membantah keras tindakan Syarikat Bekalan Air Darulaman (SADA) menaikkan tarif air mulai 1 Oktober 2010.


Ini adalah kesilapan kedua yang dilakukan oleh Umno Kedah, sebelum ini dengan slogan 'BN MENANG , KEDAH SENANG'


Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ir. Nawawi Ahmad tidak perlu melatah, melompat atau melalak bila tarif air dinaikkan.

Biarkan lah Kedah naikkan seringgit untuk seliter padu pun lantaklah, bayar saja, apa susah-susah nak lawan.

Tindakan tersebut memalukan diri sendiri, sepatutnya Umno hanya perlu membuat satu kenyataan sinikal sahaja dan tidak perlu mendesak supaya kerajaan Pas mengkaji semula kenaikan tersebut.

Bantahan dan protes sedemikan memberi malu kepada Umno Kedah macamlah orang Umno sengkek dan kemaruk subsidi.

Kenapa semasa minyak naik 10 sen Umno Kedah diam, kalau nak ikutkan Umno Kedah kena buat bantahan juga lah.

Dalam isu kenaikan tarif air di Kedah yang patut buat bantahan ialah orang Pas sendiri, bukannya UMNO... Sekarang orang Pas gelak besaq kepada Umno yang malatah.

Sekarang baru padan muka orang Pas yang kena simbah najis sendiri. Dulu bukan main sedang kutuk kerajaan BN dengan maksud BN = Barang Naik. Nah....sekarang rasakan...

Rabu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Adzmi Din mengumumkan tarif air di Kedah akan dinaikkan sebanyak 1.6 peratus mulai 1 Oktober bagi menampung kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air yang semakin meningkat.

Katanya, tarif air yang diguna pakai sekarang merupakan tarif dan pelarasan yang berkuat kuasa pada 1 Mac 1993 dan sepanjang 17 tahun itu semakan semula tarif air di Kedah tidak pernah dibuat. –

Maaf Dato Ir Nawawi Ahmad, kita berbeza pendapat..