Rabu, 13 Oktober 2010

Diskriminasi Kenegerian amat membahayakan 1 Malaysia

Baru-baru ini TM menerima satu keluhan seorang pegawai penjara kerana sikap kenegerian dan kepartian yang mempengaruhi pegawai-pegawai peringkat pengurusan dalam menguruskan kenaikan pangkat pegawai sokongan.

Katanya ramai pegawai pengurusan adalah Gred 41 dari negeri Kelantan dan penyokong kuat parti Pas. Hanya yang sealiran dengan mereka sahaja akan mendapat markah yang tinggi dalam prestasi dan juga untuk naik pangkat ke gred yang lebih tinggi.

Meraka yang akan naik cepat dan mereka yang mendapat APC juga adalah dari kelompok mereka. Harap pihak pengurusan di Putrajaya dalam menyiasat hal ini.

Tak jauh kalau nak siasat pun tak sampai 30 minit kalau pergi dengan kenderaan kecuali bila ada kesesakan lalu lintas. Faham lah tu,,,

Dulu pernah dibicarakan kes yang sama dalam pengurusan Proton dan lain-lain GLC. Keadaan ini semakin parah, ramai kakitangan kerajaan yang masuk dalam JPA pun mesti orang depa. Kalau tahu bukan orang mereka agak sukar nak joint kerajaan.