Sabtu, 30 Oktober 2010

Dr Zambry didakwa mengamalkan khurafat dan syirik

Kami di Perak Today amat menyesal dengan tohmahan dan tindakan Pas Perak , Harakah dan juga facebookers Pas yang memanipulasikan isu ini.  Pas dengan mudah menuduh Dr Zambry mengamalkan  khurafat. Mengamalkan khurafat bererti Dr Zambry mengamalkan perbuatan setiap hari atau setiap musim.  Dr Zambry hanya hadir sebagai tetamu bukan sebagai Tok Guru yang seperti yang dilakukan oleh pembangkang yang lebih khurafat.
Bumiputra Bejaya ( pengguna facebook ) telah pun memanipulasi isu ini dan telah berbahas dengan Taipingmali hampir 12 jam mengenai isu ini dan akhirnya BB telah memadamkan isu tersebut kerana kalah dalam berhujah.
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mendakwa tindakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengamalkan khurafat dan syirik dalam majlis perasmian Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong.
Ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan mendakwa tindakan Zambry dalam majlis perasmian itu dengan meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya diamalkan oleh orang dahulu dan menyifatkannya sebagai syirik dan berrcanggah dengan akidah Islam.
Beliau menyatakan harapannya supaya mufti tampil untuk menjelaskan fatwa bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam. Rakaman video dan gambar Zambry berbuat demikian di majlis itu boleh didapati di YouTube dan laman web PAS.
Ini menunjukkan Pas sudah ketandusan isu untuk memburukkan kerajaan BN Perak. Andainya dikaji perbuatan Pas , mereka lah yang lebih syirik dan sesat. Contoh paling awal apabila mereka mewar-warkan program ‘Vigil ‘ di dalam Harakah pada tahun 2008 dahulu. Pas mempunyai ramai cerdik pandai yang mahir bab agama tetapi masih menyokong perbuatan Vigil tetapi apabila dikritik oleh Taipingmali Pas menyatakan bahawa umat Islam pun memasang lampu pada malam tujuh likur dan ia adalah amalan yahudi dan hindu. Ia memberi gambaran bahawa Pas tahu vigil itu salah dan menyediakan jawapan jika dikritik. Ini mendedahkan kepada umum bahawa Pas tahu Vigil itu salah dari sudut Islam tetapi masih mahu meneruskannya.
Dr Badrul Amin (PKR) dalam satu perhimpunan di Amcord Mall Petaling Jaya dengan megah meminta tetamu yang hadir supaya menyalakan lilin seperti yang diamalkan oleh Kristian Ortodok pada perayaan vigil yang lazimnya diadakan pada hari Sabtu malam. Ini lah amalan kurafat yang diulang-ulang oleh mereka walaupun mereka tahu itu berdosa.
Ini berbeza dengan apa yang berlaku di Manong, Dr Zambry hadir sebagai tetamu dan diraikan untuk duduk dihadapan dan majlis bacaan doa tidak sedikitpun menyebut perkataan jin dan mambang. semuanya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran, cuma istiadat menegakkan tiang seri sahaja terdapat amalan-amalan orang-orang melayu dahulu.
Jika Pas ingin menyalahkan Dr Zambry ia adalah satu perkara yang tidak adil. Pas perlu melihat diri mereka sendiri yang terlebih kotor dan jijik dalam banyak perkara.
petikan di atas adalah petikan daripada Malaysia Today News