Esok Timbalan Pengarah BTN yang dituduh membuat kenyataan rasis akan membuat laporan polis di Balai Polis Sentul, berhubung dengan satu tulisan dibuat oleh wartawan Malaysian Insider bernama Miss Boo Su Lyn.
Sebelum ini Puteri Umno telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi kerana Boo telah menyelinap masuk dan menyamar sebagai puteri Umno dalam satu majlis tertutup di PWTC.
Perkasa berharap JPA menyerahkan kepada mahkamah untuk mengadili kes tersebut. Biarlah mahkamah menentukan siapa yang benar dan siapa yang bersalah. Sekiranya diserahkan kepada JPA kemungkinan jika dibebaskan ia akan memberi satu gambaran negatif kepada pihak yang pembangkang kononnya ada unsur-unsur pilihakasih. Sekira tindakan keras diambil kepada penjawat awam ia akan diistilahkan sebagai korban politik dan kerajaan tunduk kepada Dap.
Dahulu Dap telah membawa isu warga cina yang dihukum ketuk ketampi dan kemudia Lim Kit Siang sekali lagi menggunakan dewan parlimen untuk membuat sidang media terhadap warga asing yang dikasari oleh polis.
Dap akan menggunakan segala peluang yang ada untuk menjatuhkan maruah penjawat awam dan mempermainkan undang-undang negara kita.
Mereka akan bergembira sekiranya mainan politik mereka dilayan oleh pihak kerajaan.
Kes ini juga melibatkan dua pengetua sekolah menengah satu di Johor dan satu kes lagi di Kedah.