Sabtu, 30 Oktober 2010

LAGI ISU HUB HIBURAN

DBKL Bersedia kah ?

Program Tranformasi Ekonomi yang telah dilancarkan mempunyai satu sektor hiburan yang banyak di bahaskan oleh Pembangkang iaitu mewujudkan pusat hiburan di tengah-tengah kota.

Begitu banyak kebaikkan didalam plan ETP tetapi pihak pembangkang hanya melihat membangkitkan isu ini kerana mereka sengaja mahu memutar belitkan pembanggunan yang dirangcang oleh Kerajaan BN dengan niat jahat.

Dalam masa yang sama, Pihak DBKL menyahut baik saranan ini dan menerima baik cadangan pihak kerjaan pusat dan berjanji akan melaksanakan plan ini dengan nada yang yakin selagi pihak-pihak empunya kelab hiburan tidak melanggar undang-undang yang telah diperuntukan.

Niat Kerajaan untuk memusatkan pusat-pusat hiburan ini semestinya mahu memenuhi keperluan mereka yang bukan beragama islam yang sememangnya mahukan riadah diwaktu malam, dan juga mahu pelancong yang melancong di negara kita dapat menikmati waktu malam yang berkualiti.

Keselamatan para pengunjung dan pelancong sudah pastinya dapat dikawal kerana pihak kerajaan akan memastikan terdapat CCTV dan petugas keselamatan yang cukup untuk mereka merhibur tanpa ganguan dan tindakan jenayah.

Untuk kita memberi keyakinan kepada masyarakat bandar, pihak DBKL seharusnya memantau preimis-preimis yang menjalankan pusat hiburan tanpa lesen yang tumbuh bagai cendawan di sekitar Kualau Lumpur. Walaupun di setiap Parlimen mempunyai Petugas DBKL yang memantau kewujudan premis hiburan ini, tetapi tindakan menunggu komplian telah memberi kekuatan kepada peniaga pusat hiburan membuka sesuka hati.

Penguatkuasaan undang-undang penting sekiranya mahu rakyat yakin dengan kewujudan tempat-tempat hiburan di tengah-tengah ibu kota adalah jalan keluar dari kewujudan pusat hiburan di pinggir bandar dan kawasan penempatan.

Agensi-agensi lain seperti Polis, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Imigresen juga seharusnya memainkan peranan yang proaktif untuk memantau dan membenteras kewujudan pusat-pusat hiburan tanpa lesen sekirtar ibu kota.

Hub Hiburan juga tidak boleh disempitkan dengan hanya kepada tempat-tempat hiburan seperti Disko, kelab-kelab malam, live band dan lain-lain aktiviti malam, ianya amat luas seperti mewujudkan Taman Tema Disneyland, Universal Studio dan lain-lain lagi yang dapat menarik minat pelancong untuk berkunjung ke Malaysia.

Akhir sekali, niat kerajaan untuk memacu ekonomi dan mewujudkan negara berpendapatan tinggi seharusnya diikuti oleh penguatkuasaan dan disiplin pemantauan yang berterusan agar dimata masyarakat, apa yang hendak di laksanakan di masa hadapan adalah untuk kebaikkan rakyat Malaysia.

Mohd Razlan Muhammad Rafii Ketua Pemuda UMNO Seputeh.


NOTA KAKI

TM menyokong pandangan tuan dan menyokong program yang dirancang oleh kerajaan. NGO perlu melihat kebaikannya dahulu sebelum mengkritiknya. Cuba NGO senaraikan 20 kebaikan dan 20 keburukan dan timbangkan masak-masak. Kalau tak puas hati jumpa terus dengan Najib atau dapatkan daripada Tun Mahathir.