GUA MUSANG 30 Okt. - Golongan belia Orang Asli di pedalaman sudah 20 tahun menanti kemudahan infrastruktur antaranya termasuk gelanggang bersukan, sistem jalan tar yang elok dan pengangkutan ke sekolah untuk anak mereka.
Bagi Jahri Along, 30 dari Pos Hendrop berkata kemudahan seperti gelanggang sukan perlu untuk golongan muda Orang Asli bersukan dalam meluangkan masa bersosial bersama secara sihat.
"Seperti di tempat saya, kami mahukan gelanggang sepaktakraw dan badminton, jadi jika dibina elok juga. Kami boleh habiskan masa petang untuk bersukan. Kami juga mahukan sistem jalan tar yang elok ke kawasan kami," katanya.
Katanya, sudah 20 tahun beliau menanti kemudahan itu daripada kerajaan Pas Kelantan namun kebajikan mereka tidak dijaga.
Jahri daripada suku kaum Temiar berkata, bantuan yang mereka nikmati sekarang termasuk klinik kesihatan dan elektrik dan air diperoleh daripada kerajaan pusat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.