Serangan tersebut bermula pada Ceramah Perdana kepemimpinan pakatan pembangkang di Sungai Terah malam tadi dan pada sidang akhbar harian parti itu di Markas Besar Pas di sini pagi ini.
Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada sidang akhbar tersebut menyifatkan Tengku Razaleigh sebagai pengkhianat.
Beliau berkata, ini kerana Ahli Parlimen Gua Musang itu telah menghilangkan dokumen penting berkaitan masyarakat Orang Asli di negeri ini ketika kerajaan campuran Kelantan di antara Semangat 46 dan Pas berpecah kira-kira 14 tahun lalu.Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada sidang akhbar tersebut menyifatkan Tengku Razaleigh sebagai pengkhianat.
“Dulu masalah di Kelantan ini, kita banyak bergantung kepada Tengku Razaleigh dan Semangat 46 untuk semua permasalahan Orang Asli sebab ia melibatkan Gua Musang yang mengandungi satu kerusi Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri.
“Jadi semua urusan kita serah kepada dia, bila Tengku Razaleigh hancurkan Semangat 46 dan masuk balik UMNO, kita tidak ada fail dan tidak tahu di mana hendak mula, ini satu pengkhianatan yang Tengku Razaleigh dan Semangat 46 buat,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.
Kenyataan keras itu dikeluarkan ketika beliau diasak oleh pemberita mengenai isu yang membabitkan masyarakat Orang Asli di kawasan Gua Musang.
Pada pilihan raya kecil ini, undi daripada masyarakat Orang Asli dilihat amat penting kerana ia menjadi faktor penentu kepada kemenangan kedua-dua pihak.
Sementara itu, Wan Abdul Rahim berkata, pihaknya juga tidak mengeluarkan arahan khusus supaya isu royalti minyak tidak disentuh pada kempen pilihan raya kecil ini.
“Tidak ada larangan secara total tapi oleh kerana benda ini di mahkamah biar mahkamah tentukan. Mungkin kalau Datuk Husam Musa datang, Pas akan bawa isu ini, bukan semua pemimpin Pas mampu buat olahan mengenai royalti minyak, dia memerlukan fakta dan tahap pengetahuan yang cukup tinggi.
“Masalahnya orang Galas ‘tak makan’ (pedulikan isu) royalti minyak, orang sini mahu isu yang benar-benar menyentuh mereka seperti harga getah meningkat,” katanya.
Sementara itu, dalam Ceramah Perdana di Sungai Terah malam tadi, Setiausaha Pas Kelantan, Zaki Ibrahim mempertikaikan sumbangan Tengku Razaleigh dalam membangunkan kawasan ini biar pun telah lama menjadi wakil rakyat.
Barisan Nasional (BN) dalam ceramahnya kata kita tidak buat pembangunan. Saya nak tanya selama 40 tahun menjadi wakil rakyat di sini apa yang Ku Li (Tengku Razaleigh) buat?“Sementara itu, dalam Ceramah Perdana di Sungai Terah malam tadi, Setiausaha Pas Kelantan, Zaki Ibrahim mempertikaikan sumbangan Tengku Razaleigh dalam membangunkan kawasan ini biar pun telah lama menjadi wakil rakyat.
“Apa yang BN buat hanya tunjukkan kain pemidang buat pembangunan itu dan ini tapi pembangunan apa yang dia buat di sini,” katanya.Ceramah Perdana itu turut dihadiri oleh Nik Abdul Aziz; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Pada ceramah tersebut juga, Nik Abdul Aziz, Anwar dan Guang Eng turut menyentuh mengenai pemberian royalti minyak yang dikatakan menjadi hak rakyat negeri ini.