Wan Azizah anggap SAPP sebagai 'pengacau' kerana bertanding di Batu Sapi. Siapa sebenarnya pengacau ?
Pandangan umum menyatakan PKR sebenarnya pengacau , ini kerana PKR ditubuhkan di Semenanjung dan masuk ke Sabah semata-mata untuk mencari sokongan rakyat Sabah bagi kepentingan politik peribadi sahaja , bukan untuk kepentingan rakyat jelata.
Wan Azizah berkata, namun begitu, PKR dilihat masih mempunyai peluang untuk merampas kerusi berkenaan dari Barisan Nasional (BN). Pada hakikat sebenarnya PKR dan Pakatan Rakyat sudah kecundang awal-awal lagi dan dengan itu mereka tidak berani bertanding di Batu Sapi kerana mereka tahu bahawa kawasan tersebut adalah kubu kuat BN.
Dalam pada itu, Seng Gay Giaw berkata, calon SAPP dan BN dilihat tidak mampu untuk membawa perubahan dalam menyelesaikan masalah rakyat.
Katanya, hanya calon PKR yang layak mewakili penduduk Batu Sapi di Parlimen bagi menyuarakan masalah mereka.
"Inilah satu peluang bagi pengundi di Batu Sapi untuk menentukan wakil di Dewan Rakyat yang boleh benar-benar mewakili mereka, boleh bersuara untuk masalah-masalah yang dihadapi kerana kedua-dua calon yang lain tidak boleh," katanya.
Sikap Pkr dan Dap dilihat tidak bersifat demokrasi dan mementing diri saja. Hanya mereka yang betul dan orang lain semua salah.