Kerajaan Pas selama 20 tahun tidak pernah mempertahankan atau memperjuangkan tuntunan tanah oleh orang asli yang mereka duduki di atas tanah kerajaan negeri.
Kerajaan negeri sepatutnya sudah lama memberi geran hak milik kepada mereka . Apa yang berlaku amat menyedihkan. Pas membuka dan menebang hutan sesuka hati dan tanah diberikan kepada penceroboh dengan nama Ladang Rakyat. Bila diajukan soalan kepada kerajaan negeri , dengan mudah Pas meletakkan kesalahan kepada kerajaan pusat.
Bagaimanapun mengenai balak yang ditebang secara berlebihkan , Pas tidak pula berani menyalahkan kerajaan pusat.