Khamis, 28 Oktober 2010

PAS MENANGIS DI GALAS

Nampak gayanya Pas sekali lagi akan balik awal seperti mana yang berlaku di Bagan Pinang. Jentera Pas sudah hilang punca untuk menfitnah Umno dan hilang telinga untuk mendengar fitnah mereka. Pengundi Galas sudah muak dengan pembohongan dan penipuan Pas selama ini.

2008 lain, 2010 lain, dahulu mereka tersilap kerana percaya dengan janji syurga oleh Pas, terpedaya dengan hujah-hujah Pas kononnya BN bermakna Barang Naik, undi Pas pun barang naik juga.

Masyarakat orang Asli paling marah dengan Pas sehingga usaha mereka untuk berkampung di kawasan mereka pun tak boleh, Pas dihalau , Pas di anggap penipu besar abad ini.

Pas telah meminta jentera Dap Cameron Highland yang bijak dengan selok belok hutan-hutan di Lojing dan Gua Musang telah diarah untuk menyusup masuk ke kawasan orang asli melalui jalan-jalan rahsia untuk berjumpa dan menabur wang kepada orang Asli. Husam Musa juga telah menyediakan dua buah Toyota hilux untuk tujuan penembusan ke kawasan orang Asli.

Pas Galas sekali lagi menerima tamparan hebat kerana Ustaz Lah telah boikot jentera parti Pas kerana tidak puasa hati kepada calon yang bukan orang tempatan. Ini kerana calon telah dua kali kalah dalam pertandingan sebelum ini sewaktu menentang Ku Li dalam kerusi Parlimen Gua Musang.