Korban tsunami mencecah 311 orang
Jumlah korban tsunami yang melanda kepulauan terpencil Indonesia sehingga ini meningkatkan kepada 311 orang, sekaligus mencetuskan persoalan sama ada sistem amaran gagal berfungsi.
Pada masa yang sama, kebimbangan semakin meningkat mengenai nasib ratusan lagi yang masih hilang selepas gempa bumi Isnin lalu mencetuskan gelombang besar yang melanda kepulauan Mentawai berhampiran pantai barat Sumatera.
Sementara itu, majlis pengkebumian beramai-ramai diadakan hari ini untuk mensemadikan korban letupan gunung berapi, yang terjadi sejurus selepas berlaku gempa bumi yang mencetuskan tsunami tersebut
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.