Jumaat, 1 Oktober 2010

PKR CABANG SEMPORNA LUMPUH SEPENUHNYA PADA 30HB.SEPT.2010

by Pemerhati Politik Semporna on Friday, October 1, 2010 at 7:34pm
Kedudukan Pejabat PKR Cabang Semporna Jam 1.30pm & 5.30pm,30hb.sept.2010

Peristiwa pemilihan PKR Cabang Semporna yang telah tercemar beberapa hari yang lalu, nampaknya tidak berakhir dengan RAMPASAN KUASA BANGUNAN PEJABAT PKR CABANG SEMPORNA pada subuh 26hb.Sept.2010 tetapi berakhir dengan KELUMPUHAN Cabang berkenaan secara mutlak.

Setelah lima hari berlalu keputusan masih ditunggu dari pihak Pusat terhadap insiden yg melibatkan rampasan bangunan tersebut oleh pemiliknya yang kebetulan juga adalah Ketua Cabang Semporna yang turut bertanding dan menghadapi tentangan dari Tiga orang calon Ketua cabang serta semua barisan kepimpinan dicabar.

Pihak kami sempat meninjau pejabat berkenaan jam 1.30pm tadi dan mendapati Bangunan ini  masih terkunci dengan kertas kertas undi masih terdapat didalamnya tanpa dikira.

Pejabat PKR masih ada Logo.Add caption


Amat mengejutkan petang ini bila bangunan berkenaan telah dihapuskan semua LOGO dan LAMBANG PARTI yang terdapat dihadapannya bangunan berkenaan dimana dengan terpadamnya Lambang itu maka PKR Cabang Semporna,Sabah telah Lumpuh dengan sepenuhnya.

Pejabat PKR Kehilangan LOGO


Parti yang mempunyai keahlian seramai 4,015 orang di Palimen Semporna ini telah hilang arah-tujunya dengan keadaan yang dihadapi sekarang tanpa apa apa yang hendak dilakukan.

Dengan ketiadaan Barisan Kepimpinan, Pejabat Pentadbiran, Pusat Pengurusan Ahli dan Keputusan pihak pusat maka ini bererti PKR Cabang Semporna telah lumpuh sepenuhnya dan tidak wujud lagi.

PKR Cabang Semporna memerlukan satu arah-tuju serta bimbingan pusat bagi memulihkan kedudukannya supaya dapat digerakan semula dan hendaklah memastikan para ahli PKR dikawasan itu dapat disusun semula bagi memantapkan perjuangan parti.

Jesteru itu PKR SEMPORNA memerlukan satu REFORMASI BESAR BESARAN dan adalah dicadangkan supaya pihak pusat dapat berbuat sesuatu serta melantik semula PENAJA BARU bagi memantapkan perjuangan PKR dikawasan berkenaan.

Bagi maksud ini pihak PKR dan MPN Sabah tidak memerlukan lagi  sesuatu tindakan yang drastik yang hanya akan menyebabkan PKR Cabang dikawasan ini menjadi rumit, cadangan Pengantungan sementara adalah jalan keluar yang paling baik dan memilih barisan penaja yang lebih mantap juga sangat diharapkan oleh semua pihak dan ahli dikawasan ini.

Tindakan menyelasaikan kemulut pertandingan baru baru itu sudah tidak bermakna lagi, hatta jika satu pertandingan dijalankan pun ianya tidak akan menyelasaikan permasalahan yang timbul, selain menjadikannya satu Badan Penaja bagi memantapkan terlebih dahulu kedudukan PKR cabang ini yang telah LUMPUH dengan serta merta setelah mantan ketuanya bersama semua barisan kepimpinannya  dilihat sudah tidak berminat lagi untuk memimpin terus barisan PKR dikawasan berkenaan.

Sekian