Jumaat, 1 Oktober 2010

PKR SABAH

TANIAH KEPADA KEPIMPINAN PKR NEGERI SABAH ( MPN ) AHMAD TAMBRIN JAINI

by Pemerhati Politik Semporna on Friday, October 1, 2010 at 9:37pm
Contoh Pemimpin Perihatin
Tidak sampai 24 jam selepas pihak sabahkini.net melaporkan mengenai kedudukan PKR Cabang Semporna yang LUMPUH semalam, MPN Negeri Sabah dibawah Pimpinan Saudara Ahmad Tambrin Jaini telah bertindak dengan bijak dan cekap setelah mengarahkan Wakil JPP ( Jawatankuasa Pemilihan Pusat ) yang hadir dipemilihan cabang Semporna pada 25hb.Sept.2010 bersama Wakil Peramian Mesyuarat berkenaan iaitu Ketua Cabang PKR Silam saudara Johan Bin Abdul Halim untuk datang ke Semporna bagi mengakhiri Krisis TEBUSAN KERTAS UNDI CABANG yang telah berlanjutan selama 5 hari bertempat di Pejabat Cabang PKR Semporna.

Tindakan bijak dan cekap wakil PKR MPN Negeri Sabah telah berjaya memujuk Saudara Abdul Wahab bin Pg.Abdullah untuk menyerahkan kesemua kerta kertas UNDI Cabang Semporna kepada JPP yang berada di Pejabat PKR Cabang Semporna petang ini.

Disamping itu bagi memastikan KETELUSAN semua pihak, sebelum kertas undi berkenaan dipindahkan beberapa calon calon dan wakil mereka diberi beluang untuk menyaksikan dan memeteri semua tong kertas undi itu sebelum dipndahkan.

Kertas Undi PKR Cabang Semporna dihantar ke Pusat dan disaksikan oleh calon calon terlibat

Diantara mereka yang hadir bagi memindahkan kertas undi ini adalah Mantan Ketua Cabang sendiri yang juga bertanding bagi mempertahankan kedudukannya Abdul Wahab Pg. Abdullah  dan saudara Piramli Barahim Calon N0.4.

Bagi Calon Timbalan ia disaksikan oleh Saudara Asaman sebagai penyandang dan Saudara Mohammad Abdul Basa, sementara itu Calon Naib Ketua Cabang di saksikan oleh Tuan Haji Mohd. Saufi.

Semua Kertas Undi di " Seal " dan disaksikan oleh wakil Calon

Beberapa wakil dari calon calon AJK Cabang juga diberi peluang untuk memastikan pemindahan Tong kertas undi itu adalah Telus dan selamat untuk dibawah ke Ibu Pejabat Parti di Kota Kinabalu.

Bagi memastikan KETELUSAN semua pihak diminta bersabar dan akan dimaklumkan serta dijemput untuk menghadiri Pengiraan kertas undi berkenaan apabila dimaklumkan nanti oleh Pihak JPP yang akan mengambil tindakan segera.

Kertas Undi diangkat kedalam kenderaan

Dengan Pemimdahan kertas kertas undi berkenaan kedalam kederaan yang disediakan maka berakhir KRISIS TEBUSAN KERTAS UNDI SELAMAT 5 HARI ITU dengan selamat dan disaksikan oleh mereka yang mempunyai kepentingan dan calon calon bertanding.

Kertas UNDI Ketua Cabang Semporna


Bagi pihak PPS kami mengucap taniah kepada Saudara Tambrin Jaini Pengerusi PKR Sabah yang bertindak bijak untuk menyelasaikan masalah dan kemulut krisis PKR Cabang Semporna yang LUMPUH semalam, apabila Pejabat PKR telah diturunkan semua Logo dan Lambang Parti itu.

Sekian PPS