Sabtu, 2 Oktober 2010

ISU RASIS TIMBALAN PENGARAH BTN DIKECOHKAN OLEH DUA AMOI SUNDAL INI

Puteri UMNO menuduh Su-Lyn kurang ajar kerana menyamar dalam majlis tertutup Umno dan membuat laporan polis



Boo Su Lyn
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, membuat laporan polis berhubung tulisan berbentuk manipulasi yang ditulis oleh wartawan Malaysian Insider, Boo Su-Lyn.
Menurut Ketua Penerangannya, Nordiana Shafie, apa yang dinyatakan oleh Su-Lyn dalam tulisannya hanya petikan sebahagian daripada ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin
“Wartawan tersebut sengaja memanipulasikannya untuk membangkitkan kononnya UMNO adalah parti perkauman,” katanya seperti dilapor UMNO-Online.com
 Exco Puteri  Seriwani Sabtu membuat laporan polis berhubung hal terbabit di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur

“Mereka tidak beretika, tidak tahu menghormati majlis yang diadakan, dan melakukan sesuatu yang tidak wajar sebagai seorang wartawan,” jelasnya.
Dakwa Nordiana, sesi ceramah yang diadakan adalah tertutup dan pengumuman telah pun dilakukan bagi meminta pihak media keluar dari dalam dewan semasa program Dialog Bersama Negarawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Isnin lalu.
“Kita buat laporan polis kerana kita menafikan dakwaan yang ditulis oleh wartawan tersebut malahan semua ahli-ahli pergerakan Puteri yang hadir dalam majlis tersebut bersedia untuk menjadi saksi,” tegasnya.
Terang Nordiana lagi, semasa majlis tersebut berlangsung, wartawan tersebut telah berlegar-legar di sekitar dewan tetapi telah diminta keluar oleh urus setia apabila menyedari kelibat beliau.
“Lebih teruk lagi, penghinaan dilakukan apabila Su-Lyn turut menyamar dengan memakai tudung dan menyelinap masik ke dalam majlis. Bukankah itu satu perbuatan yang kurang ajar,” tegasnya lagi.
Program sehari yang yang berlangsung Isnin lalu dihadiri 1,200 ahli pergerakan itu turut melibatkan sesi ceramah tertutup yang disampaikan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affendi dan dialog bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.