Rabu, 24 November 2010

ALJUBURY WALLYWATTY SEMAKIN CELAKO DAN MENGHINA MAHKAMAH

Bersilat !!!???
Pada 31 Mei 2010 : Raja ' Ekzos' Pernah Perlekeh Mahkamah dan Menteri Juga Jadi Mangsa! Semalam apabila nasib tidak menyebelahinya, Anwar buat kecoh lagi di mahkamah! Anwar mahu hakim dilucutkan pula! 
 
Peguam utama dalam kes perbicraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim,... Karpal Singh akan mengemukakan permohonan bagi melucutkan kelayakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang didakwa gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
 
Sebelum ini Anwar pernah menyifatkan hakim yang mengendalikan kes liwatnya sebagai bahalol! Seterusnya Anwar Ibrahim terus menggunakan pentas politik untuk memperlekehkan institusi kehakiman negara ini. Sambil mengulangi apa yang disebutnya pada malam Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di Padang Perdana di sini , 
 
Anwar menuduh pula Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan maruahnya. 
 
Beliau mendakwa Jamil Khir mengarahkan pihak pendakwaan tidak mengambil tindakan ketika permohonan qazaf dilakukan terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Syariah. 
 
"Doktor periksa 'ekzos' tapi tidak ada apa, kita bagi tahu mahkamah tidak ada kesan apa pada 'ekzos' tetapi hakim kata 'ya betul tetapi mungkin ada yang lain', apa benda ini, ini semua kerja UMNO yang mahu terus mengaibkan saya dan keluarga saya," katanya. 
 
Anwar dilaporkan membuat kenyataan mengejutkan dengan menggambarkan hakim yang mendengar kes liwatnya sebagai 'bahalol' kerana meneruskan perbicaraan itu. 
 
Beliau turut menyifatkan badan kehakiman negara sebagai 'rosak dan punah' serta masih gagal dipulihkan kerana diterajui oleh individu-individu yang tidak layak. Anwar suka nama "ekzoz" rupanya..!!!