Umum tahu bahawa lidah biawak Pas bernama Harakah sememangnya sebuah terbitan yang penuh dengan pembohongan dan fitnah. Tidak hairanlah jika hampir semua pemimpin Pas yang naik ke pentas bercakap bohong dan penuh putar belit. Pas mengaku mereka parti yang mendokong Islam tetapi sebenarnya Islam mereka hanyalah dibibir mulut , bukan di hati .
Semoga Pas terus hancur dalam kekufuran.
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Pulau Betong Muhamad Farid Saad daripada Barisan Nasional memberi tempoh dua minggu kepada akhbar terbitan PAS, Harakah, supaya memohon maaf berhubung laporan yang tidak benar mengaitkan beliau.
Katanya jika akhbar itu gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari ini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.
Muhamad Farid mendakwa akhbar itu telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 Nov lepas.
"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa kesilapan pemimpin Umno adalah punca tanah orang Melayu berkurangan di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di sini Selasa malam.
Harakah pada 15 Nov lepas melaporkan bahawa Muhamad Farid mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.
Akhbar itu turut melaporkan bahawa Muhamad Farid sebagai generasi muda dalam Umno mahu memperbaikinya sekaligus memastikan tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan tidak terancang.