Rabu, 3 November 2010

ANWAR MEMANG TAK SUKA PAS

Kenyataan Dr Muhammad Fairus bekas TKM Pulau Pinang dibawah memang betul. Pas hanya tahap pecacai sahaja. Buktinya jelas sewaktu masalah pemilihan Menteri Besar Perak ke 10. Dap gagal untuk melantik Ngeh sebagai Menteri Besar Perak kerana Undang-Undang Tubuh Perak hanya membenarkan Melayu beragama Islam sahaja menjadi Menteri Besar.

Anwar memang tak setuju Pas dipilih menjadi MB dan Anwar cepat-cepat menghubungi Dr Zambry supaya beliau menyertai PKR untuk dilantik sebagai MB. Bagaimana Dr Zambry tidak berminat untuk bersekongkol dengan Dap memerintah Perak. Pendedahan ini telah dibuat oleh Dr Zambry dalam satu sesi minum teh bersama media di kediaman nya awal tahun ini.

 Walaupun  Pkr menamakan YB Behrang iaitu En Jamaluddin Osman sebagai MB tetapi Baginda Sultan telah menetapkan untuk melantik YB Nizar sebagai MB dan ini telah mendapat bantahan DAP sehinggakan Dap negeri ingin memboikot majlis angkat sumpah dan Karpal Sink telah mencabar Sultan untuk diheret ke mahkamah kerana menolak Ngeh daripada menjadi MB Perak.

Pas tak sedar lagi dengan permaianan politik Anwar dan Dap. Pas terus menjadi hamba pecacai Dap Kapir Harbi yang jelas menentang sebuah negara Islam yang dibawa oleh Pas.

Untuk mengukuhkan hujah ialah jika Anwar sokong dan suka kepada Pas, awal-awal lagi beliau menyertai Pas sebelum menjadi ahli Umno pada tahun 1982 dan selepas beliau dipecat daripada Umno pada tahun 1998.