Rabu, 24 November 2010

GAJI PERDANA MENTERI MALAYSIA

Apa motif wakil rakyat bertanyakan gaji Perdana Menteri dan lain-lain menteri? Sepatutnya soalan bodoh tersebut tak perlu dijawab. Sebagai rakyat Malaysia kita pun tahu berapa gaji PM, TPM, MB Exco dan lain-lain . Maklumat tersebut mudah diperolehi.

DS Nazri tak perlu beri jawapan bertulis memadai jawapan lisan sahaja atau lebih baik tak payah jawab. Tujuan Gobala krisnan MP PKR dari Padang Serai Kedah ialah untuk mengesahkan gaji sahaja dan selepas itu tangga gaji tersebut akan jadi modal politik  pembangkang dalam ceramah. Gaji MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Teresa Kok jauh lebih besar berbanding  Najib.  Apa tidaknya selain menjadi MB, Khalid juga mendapat gaji daripada tugasnya sebagai MP. 

Samalah dengan kunco -konco PR yang lain yang bertanding untuk kerusi DUN dan Ahli Parlimen. Tambah lagi dengan Gaji Exco.  Tambah lagi dengan elaun-elaun lain, Teresa Cock, Azmin dan beberapa orag lagi pendapatan politik mereka melebihi RM 50 ribu sebulan. 

Itu baru pembangkang dan belum dikira gaji KSN yang paling tinggi sekali dalam JPA, Gaji CEO dan lain-lain lagi.  Kalau nak bandingkan gaji PM hampir 23 K tu apalah sangat. Gaji PM Singpore ? Jangan cakap lah......nak tahu lagi boleh rujuk di bawah.
1. muda tengah
2. Perak Today
3. Perak Today juga
4 berita semasa.com