Rabu, 24 November 2010

PUNCA BERLAKUNYA KEMALANGAN JALAN RAYA

Kemalangan jalanraya yang berlaku dan mengakibat kehilangan nyawa cukup menyedihkan. Sekiranya kemalangan yang berpunca dari seseorang itu menyebabkan pengguna jalanraya yang lain maut.

Kemalangan maut seperti kenderaan terbang, kenderaan terbabas, kenderaan jatuh gaung, kenderaan merempuh kenderaan lain dan lain-lain sering kita baca dalam akhbar. 

Punca kemalangan sering dikaitkan dengan  sikap pemandu kenderaan, selain faktor-faktor kenderaan sendiri. Ramai pemandu kenderaan seperti kereta, lori dan paling ramai penunggang motosikal sering menganggap diri mereka adalah juara, lebih hebat daripada orang lain. Memecut di jalan raya membabi buta tanpa memperdulikan orang lain.

Di negara kita penunggang motosikal kapcai dilabelkan sebagai Mat Rempit kerana kegilaan mereka menunjukkan aksi hebat mereka. Selain daripada pengubahsuaian motosikal yang keterlaluan , Mat Rempit sering dikaitkan dengan dadah sebelum berlumba.

Pengaruh Mat Rempit amat besar, memberi impak kepada anak-anak kecil yang baru belajar menunggang. Beberapa hari lepas kita dimaklumkan anak-anak seusia 15 tahun maut sewaktu menunggang motosikal, 21 November lepas satu kes seorang abang terbunuh dalam perjalanan membeli mee untuk adiknya.

Pendapat rakan TM seorang bekas pelumba motosikal trek Batu 3, Pasir Gudang dan Sepang menyatakan dijalan raya bukan tempat untuk menunjukkan bakat dan kehebatan. Nama pun jalan raya, semua orang guna dan sikap pemandu di jalan raya berbagai-bagai, ada yang pro, ada semi pro dan ada yang baru belajar. Jadi tindak tanduk mereka dijalan raya sukar diramalkan.

"Dalam trek kita tak takut untuk jatuh atau terbabas, sebab ada ruang yang luas, di atas jalan raya lain, jika terbabas alamatnya bye-bye sebab di depan kita mungkin lori 18 tayar sedang bergerak bertentangan dengan kita, mana nak lari , mana nak elak"

"Cuba kita fikir, pernahkah kita baca dalam akhbar atau menonton berita tv mennyiarkan pelumba kereta atau motorsikal profesional seperti Velentina Rossi, Shahrul Yuzy, Mike Doohan, Wanye Rainey, Wazi, kalau pelumba kereta pula seperti Zulkifli Hassan Garang Racing, Ron Lim, SY Khong , Tengku Mahalel, Alonso, Karamjit Singh dan ramai lagi pelumba negara terlibat dalam kemalangan jalan raya? Jawapanya hampir tidak ada seorangpun yang pernah terlibat, kenapa? Sebab mereka tahun jalan raya bukan tempat untuk menunjuk diri mereka hero. " Tambahnya.

" Ahli sukan lain seperti olahraga (Usain Bolt), renang, tennis, golf yang sering terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ada yang maut seperti bekas penjaga gol negara Arumugam tahun 80an dahulu. Ini kerana mereka nak tunjuk hero di jalanraya ."

Apa yang disebut oleh bekas pelumba itu memang betul, so fikirkanlah dan jangan nak tunjuk hero di atas jalan raya. berhati-hati memandu dan menunggang.