Kapal Sink terasa kesan jika Zaid Ibrahim menubuhkan parti baru. Kesannya ialah Pakatan Rakyat hanya bergantung hidup kepada Pas sahaja. Pengikut PKR dari kaum Melayu akan bersama Zaid Ibrahim dan sebahagian lagi akan rujuk kembali kepada Umno. Dap akan gagal menguasai kerajaan persekutuan jika hanya dengan bantuan Pas.
Pas masih lemah dan hanya mampu meraih undi tinggi dengan bantuan Dap dan Pkr. Ini terbukti dengan kekalahan Pas dalam dua kerusi Dun iaitu Bagan Pinang dan juga Galas. Permatang Pasir Pas menang besar kerana mendapat bantuan daripada Dap dan Pkr.