Sabtu, 20 November 2010

PKR MASIH BERANGAN-ANGAN TINGGI

Assalamualaikum, Salam Reformasi perjuangan kita ke Putrajaya dan Salam amaran 1Malaysia kepada UMNO yang makin kuat menipu dan menggelabah. PKR masih Relevan dan semakin kuat walaupun dilanda pelbagai penghinaan dan kejian dari UMNO-BN.

Malam tadi telah berlangsung rapat umum perdana PKR Selangor bertempat di auditorium MBSA di Shah Alam dengan tema Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman.

Empat orang tokoh PKR berucap pada majlis berkenaan, Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung), Mohamad Azmi Ali (Naib Presiden), Abdul Kahlid Ibrahim (MB Selangor), Syed Husin Ali (Timbalan Presiden) dan Anwar Ibrahim (Ketua Umum). Lebih 2,000 hadir pada rapat umum berkenaan dan ianya dianggap berjaya.

Jangan hanya melihat dari wall Fb ataupun dalam ruang blog yang melaporkan mengikut sentimen masing-masing. Apakah ianya mendapat sambutan dan ahli dan para penyokongnya masih mempunyai semangat berkobar-kobar. Apa lagi notis rapat umum itu diadakan dalam masa singat, sejauh manakah ahlinya alert kepada panggilan itu.

Kalau dengan notis yang singkat tetapi ahli tetap juga dapat memenuhi dewan itu bermakna PKR masih segar bugar. Auditorium MBSA dipenuhi dengan orang ramai. Tiada lagi kerusi kosong kecuali ruang-ruang khas menuju ke pentas. Ruang atas juga penuh sesak. Pendek kata semua ruang dalam dewan yang boleh memuatkan 2,500 orang sendak.

Majlis juga sudah bermula dengan Saifuddin memberi ucapan pembukaan sebagai Setiausaha Agung.Sekeliling Adotorium itu terpampang gambar gandingan pemimpin PKR Selangor bersama Anwar. Belasan banner yang bergantungan menyatakan sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim.

Kata-kata tertulis di banner itu memberi sokongan padu tanpa berbelah bagi kepada Anwar sebagai pemimpin utama PKR yang juga diharap menjadi perdana menteri.

Jelas sekali apa yang terdapat dalam adotorium itu menggambarkan PKR bukan lemah tetapi semakin kuat. Semangat ahli semakin membakar. Serangan media pro kerajaan ke atas parti dan pemimpinnya tidak membekas langsung.

Boleh disimpulkan serangan mengila itu memberi suntikan baru kepada ahli dan penyokong PKR untuk mengemaskan ikatan bekong mereka untuk terjun ke gelanggng perang bagi menghadapi serangan musuh.

Demikian juga tindakan mabuk khamar oleh Zaib Ibrahim yang mengumumkan akan keluar parti 16 disember depan sambil melepaskan najis di jalanan dengan memburukkan parti dan Anwar turut menjadi daya tarikan. Saya percaya mereka yang datang memenuhi aditorium itu untuk mendengar apakah ulasan pemimpin PKR terutamanya Anwar terhadap versi mabuk Zaid kali ini.

Mungkin ada perbezaan mabuk Zaid semasa dalam Umno dengan mabuk Zaid selepas keluar PKR! Anwar tidak banyak mengulas mengenai Zaid. Seperti mana katanya tidak wajar beliau mengulas mengenai Zaid. Masih banyak perkara lain yang beliau patut beri tumpuan daripada mengulas tindakan mabuk Zaid Ibrahim.

Cuma Anwar menjelaskan apa yang menyebabkan beliau terkilan dengan Zaib ialah kerana beliau memburukkan parti. "Saya tidak terkilan kalau dia mahu keluar parti, itu haknya. Saya juga tidak kisah kalau beliau memburukkan saya, tetapi jangan menyalahkan parti," ujar Anwar dalam nada yang emosi.

Setiap kali nama Zaid disebut oleh pemidato malam tadi setiap kali itu mendapat reaksi negatif daripada para hadirin. Ada yang melaungkan mabuk... dan mengalu-alukan tindakan Zaid itu dan merasa bertuah dan terselamat kerana seorang lagi pengkhianat PKR sudah pun keluar.

Himpunan malam tadi memberi kekuatan dan semangat baru kepada ahli dan penyokong PKR. Sekaligus ia menjelamakan keikhlasan dan kesungguhan para pemimpinnya terutamanya yang berucap; Anwar Ibrahim, Saifuddim, Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Syed Husin Ali. Merumuskan himpunan malam tadi, bahawa kedudukan PKR masih belum tergugat. Serangan dan perang saraf yang dilakukan media tidak berjaya melumpuhkan semangat dan cita-cita PKR untuk terus mengemudikan bahtera pemeritah negara di masa depan.

"Kita diserang bukans sekali, malah lebih satu dekad dulu. Sepatutnya kita sudah tidak mudah gelabah lagi," kata Anwar. Mana-mana pemimpin yang mudah cemas dan tidak mampu untuk menangkis serangan musuh, mereka hndaklah berundur dan berilah atau memberi peluang kepada yang lebih bersedia dan mampu," tegas Anwar.

Anwar juga begitu emosi dalam memberi ingatan keras kepada mana-mana pemimpin yang tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak mempunyai keyakinan dengan pejuangan membela rakyat agar berundur untuk tidak menimbulkan masalah kepada parti.

Di akhir himpunan itu semua pemimpin membaca ikrar perjuangan bertekad untuk memperkuatkan parti dan seterusnya mengapai harapan dan cita-cita untuk menakhluki Putrajaya.