Jumaat, 26 November 2010

LAGI ISU SOHAIMI SHAHADAN

Kisah Panas terus melanda Dato Sohaimi, isu terus menjadi hangat apabila beliau terus berusaha untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin tertinggi dalam hiraki Umno Selangor dan peringkat nasional. Berikut ialah petikan daripada blog Umno Johor

Penulis Khas

Sengketa bermula di kalangan blogger Pro-Umno angkara seorang Exco Pemuda yang bernama Sohaimi Shahadan.

Semuanya bermula apabila Sohaimi secara sengaja mencari publisiti berlebihan pada Perhimpunan Umno 2010 di PWTC. Banner yang memaparkan wajahnya terpampang merata tempat.

Lalu dari situ sedikit demi sedikit kegiatan dan aktiviti beliau mula ditinjau terutamanya oleh para bloggers.

Sedikit biodata beliau, Sohaimi merupakan Ketua Pemuda Umno Selayang dan Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda Malaysia. Selain itu, beliau Pengerusi Kolej Poly-tech MARA, agensi di bawah Datuk Shafie Afdal. Dan terbaru, mengikut sumber beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah MARDItech, sub-agensi di bawah Dato' Noh Omar.

Mengikut profil terdekat, beliau bercita-cita untuk menjadi Senator mewakili Selangor, mungkin kerana tidak menyakini kemampuan BN merampas semula Selangor atau tahu perjalanan yang panjang untuk mendaki kepimpinan peringkat Negeri.

Strategi mahukan publisiti berlebihan telah dipraktikkan sejak memenangi KP Selayang. Beliau membuat percaturan dengan membina hubungan baik (bukan percuma) dengan beberapa orang wartawan media massa yang sentiasa cuba mengatur agar gambar dan beritanya terpampang di muka media.

Dalam masa yang sama, beliau terus menerus melobi kepimpinan tertinggi Umno Pusat demi kelangsungan politiknya di Selangor. Namun dalam masa yang sama, beliau mula menjadi sasaran akibat kelalaian beliau dalam menjaga hubungan dengan orang bawahan, membina publisiti secara berlebihan dan juga sikap peribadi beliau sendiri.

Setelah melabel dirinya sebagai pemimpin pelapis masa depan, beliau harus tahu mengimbang populariti yang dicari dengan sikap dan pergaulan sosial beliau.

Tanpa mahu terus menyentuh peribadi secara mendalam, Sohaimi harus tahu untuk mengurangkan aktiviti sosial beliau yang dilihat boleh menjadi senjata pembangkang untuk menjatuhkan imej Umno Selangor sementelah Sohaimi mahu menonjolkan dirinya sebagai barisan pemimpin Selangor.

Kerja untuk menawan Selangor pada PRU 13 bukannya mudah. Sohaimi perlu memperbetulkan diri dan mengurangkan kontroversi supaya tidak terus menjadi liabiliti kepada Umno Negeri.

SUMBER: Umnojohor.blogspot