Jumaat, 26 November 2010

NIK AZIZ MARAH EXPO CHENG HO TAK DAPAT LIPUTAN MEDIA PERDANA

TOK GURU NIK AZIZ berasa dukacita teramat sangat kerana Expo Cheng Ho di Kota Bharu tidak mendapat sambutan seperti mana yang diharapkan dan tidak mendapat liputan dari Media Perdana. Expo yang membawa usahawan Cina dari 300 syarikat seluruh dunia berakhir dengan suram semalam.

Rumusan yang boleh dibuat ialah GAGAL. Program tersebut juga tidak mendapat publisiti daripada media alternatif Pas , hampir semua blog Pas dan Pro Pas tidak menyebarkan dan mewar-warkan program tersebut.

Projek yang memakan belanja jutaan ringgit juga tidak menyiarkan MOU antara pedangang atau peniaga dalam dan luar negara. Biasanya jika sesuatu pameran atau expo seumpama itu kita akan lihat banyak MOU ditandangani seperti Pameran senjata, Maha, Lima dan lain-lain lagi.


Inilah balasan Allah kepada Pas Kelantan kerana mereka telah mensabotaj program yang serupa yang dianjurkan oleh seorang anak muda Kelantan tahun lalu.  Upacara perasmian terpaksa diataskan dalam gelap kerana lampu stadium dimatikan dengan sengaja.  Pas juga mengupah bloggers untuk memburuk-burukkan expo tersebut.

Apa  nak kata lagi......ALLAH BAYAR CASH...PADAN MUKA MUUUNG....



Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 26 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa terkilan di atas tindakan beberapa media arus perdana tidak membuat liputan berhubung perjalanan program Ekspo Cheng Ho 2010.
Menurutnya, tindakan berkenaan tidak menggambarkan sikap ‘journalist’ walaupun program berkenaan cukup baik dan pertama kali ianya diadakan di negara ini, apa lagi di peringkat negeri.
“Namun kerana ianya dianjurkan oleh Kerajaan Kelantan, mereka menyembunyikan program berkenaan dalam akhbar mereka kecuali hanya beberapa buah media lain termasuk akhbar berbahasa Cina sahaja.
“Atau mungkin mereka ada sebab lain, saya sendiri tak tahulah, tak mahulah komen lebih-lebih,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu tidak menjadi halangan kepada kerajaan negeri memandangkan ianya tetap berjalan dengan lancar, bahkan berjaya melebihi apa yang dijangkakan.
“Cuaca dengan izin Allah bukan sahaja tidak hujan, sebaliknya redup dan agak tidak panas, jadi ianya memberi keselesaan pada pengunjung untuk mengikuti program ini termasuk menyaksikan persembahan,” ujarnya lagi.
Tuan Guru berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Cantre, di sini semalam.
Tambahnya, dengan kemudahaan internet juga masyarakat seluruh dunia dapat menyaksikan program ini melalui facebook, laman-laman web dan portal untuk mendapatkan ganjaran jelas berhubung dengannya.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau mengingatkan generasi muda hari ini mengambil semangat perpaduan yang ditonjolkan oleh Laksamana Cheng Ho.