![]() |
Pekan Rabu |
Kalau kita lihat, belajar dan mengambil teladan budaya muafakat atau berjemaah golongan pemiaga orang 2 Acheh , Kemboja atau Malabari , pasti kita malu dan rasa tercabar..
Mereka ini pun orang Islam juga bahkan boleh dikatakan orang orang yang menumpang senang rezeki di malaysia dengan cara berniaga .Bahkan Peniaga Perabot orang Islam Pakistan sudah mula memonopoli perniagaan Perabot dari kaum Cina.
Dari pemerhatian dan pergaulan saya bersama mereka ini , saya dapati mereka sentiasa bermuafakat dan berjemaah didalam satu satu tindakan melibatkan perniagaan.
Selalunya , produk di beli secara pukal dan berterusan . Membina hubungan yang mantap bersama sumber sumber pembekal . almaklum , kita tahu sumber pembekal ada lah di monopoli oleh golongan peniaga kaum cina secara amnya .
Mereka ini tidak akan terikat kepada satu atau dua pembekal sahaja malah mereka sentiasa mencari peluang untuk menambah sumber bekalan dari pembekal pembekal yang lain nya.
Alasan nya mudah ...peniaga peniaga tidak akan di eksplotasi oleh pembekal pembekal yang sedia ada . Ruang dan peluang mencipta pelanggan adalah adat dalam berniaga ,
Sesiapa sahaja yang bergelar peniaga berhak menjual produk , berhak memberi harga terendah , berhak membeli sumber , berhak membuat perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan berhak ,mencorak atas apa aktiviti perniagaan nya selagi tidak menyalahi undang 2 negara dan Agama..
Dipendekkan cerita , Kita kena Cari Jalan untuk berjemaah didalam perniagaan . Ingin saya katakan , Bukan orang Melayu tak pandai berNiaga cuma Orang Melayu kurang pandai berjemaah didalam Dunia perniagaan...
Sekian dari saya yang Jahil.
Gracias n Wassalam
Mr.Zaid Kadir
Mukmingoods Industries