Sebagai seorang wakil rakyat dan penggubal undang-undang di parlimen Nga Kor Ming hendaklah faham dengan betul akta pendidikan dan prasyarat pembinaan sekolah cina. Sebagai Adun kawasan Pantai Remis sejak 1999 Nga Kor Ming sepatutnya tidak buta sejarah dengan menyalahkan kerajaan kerana tidak membaiki atau membina bangunan baru sekolah cina yang rosak teruk di kawasan nya.
Satu Berita lagi yang menyedihkan. Bangunan Dewan Tun Dr Lim Kheng Yaik yang menelan belanja RM350,000 dan baru digunapakai mulai tahun 2004 di SJK(C) Yan Min, Pekan Panchor, Pantai Remis kini telah retak dan berada di dalam keadaan yang amat merbahaya.Berikut adalah jawapan KPM sebagai merujuk isu yang sama yang dibawa oleh MP Puchong yang pernah menggemparkan negara kerana memberi tazkirah tanpa menutup kepala dalam sebuah rumah Allah di Kajang pada Ramadan yang lalu.
Adalah didapati sekolah tersebut yang ditubuhkan sejak 1937 dan kini mempunyai sejarah 73 tahun itu kini berada dalam keadaan tenat. Pihak sekolah pernah membuat permohonan untuk peruntukan cemas dan kelulusan membina bilik darjah baru tetapi setelah menunggu lebih 7 tahun sejak 2003, segala usaha masih menemui jalan buntu dan kerajaan BN memilih bersikap bisu seribu bahasa. Adalah amat malang sekali bahawa kini keselamatan cikga dan murid walaupun tergugat, nasib mereka tidak dibela dan kementerian Pelajaran telah gagal mengatasi masalah kronik tersebut.
Saya rasa terpanggil untuk membangkitkan isu ini kerana pendidikan teras pembangunan negara dan anak-anak murid adalah harapan negara. Seandainya BN mampu membelanja RM5000 juta untuk membina bangunan Menara Warisan 100 tingkat, alangkah baiknya wang itu digunakan untuk kesejahteraan murid-murid sekolah?
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Berita dalam Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 27 Mac 2010 (B2) –‘SIX NEW SCHOOLS’ PROJECT SEEMS TOO FAR AWAY: TEO NIE CHING CRITIZED MOE FOR SINCERITY.’
Isu yang dibangkitkan ialah :i. Pembinaan 6 buah SJKC di Selangorii. Sekolah Kurang Murid SJKCiii. Peruntukan Pembangunan SJKCIsu yang dibangkitkan tentang penubuhan dan perpindahan SJKC adalah tidak tepat. Apabila KPM meluluskan penubuhan SJKC baru dan perpindahan sesebuah sekolah, pada dasarnya adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah/Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) untuk melaksanakan penubuhan seperti berikut;i. Mengenalpasti tapak baruii. Mengumpul dana yang mencukupi untuk tujuan pembinaan bangunan baru di tapak baruiii. Membina sendiri bangunan baruMengenai isu ketidakcukupan peruntukan, KPM telahpun menyalurkan peruntukan dalam Pakej Ransangan Ekonomi sejumlah hampir RM50 juta bagi menampung sebahagian daripada keperluan kos projek pembinaan. Perlu diingatkan SJKC tersebut adalah merupakan Sekolah Bantuan Kerajaan. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu menepati salah satu syarat kelulusan pembinaan iaitu mendapatkan dana yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 80% daripada kos projek tersebut sebelum sesuatu pembinaan dapat dijalankan.
Berdasarkan akta pelajaran. kerajaan tidak akan membenarkan pembinaan SRJKC dan juga SRJKT yang baru. Kerajaan telah cuba sedaya upaya untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dengan harapan semua bangsa dan kaum di Malaysia dapat belajar di sekolah ini. Bagaimanapun hasrat kerajaan disambut dingin oleh kaum cina dan usaha menubuhkan sekolah wawasan juga mendapat sambutan dingin.
Mengenai SRJKC Hua Lian pula pihak lembaga pengurus mempunyai teknik yang baik untuk menambah bilangan SRJK yang baru. Apa yang mereka buat ialah membeli beberapa hektar tanah dan membina sekolah yang baru dengan mengekalkan nama Hua Lian dengan nama Hua Lian I, Hua Lian II, Hua Lian IV dan Hua Lian V, mungkin 20 tahun akan datang mereka akan menambah hingga menjadai Hua Lian XXI. Sekolah menengah pula ada dua buah iaitu Hua Lian I dan Hua Lian II.
So kepada Nga Kor Ming jika kamu nak bangunkan sekolah tersebut , hendaklah kamu mengumpul dana sendiri dan bakinya bolehlah kamu mohon daripada KPM.
Untuk ke blog Nga Kor Ming sila klik di sini.