Khamis, 11 November 2010

PAS MENANGGUK DI AIR KERUH

Pas memang parti yang haprak, jahat dan sentiasa berniat buruk. Isu terbaru ialah Pas mendesak agar Pengarah PKNS disiasat berikut isu penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan wang PKNS kerana membiayai perkahwinan angkasawan negara bernilai lebih setengah juta ringgit.

Pas merasakan ini lah peluang terbaik untuk menikam PKR dalam ketika mereka menghadapi krisis kepimpinan. Pas tidak menunggu lama untuk menangguk di dalam air yang keruh, keruh kerana kocakan dalaman PKR.

Pas merasakan sebelum pengikut Pkr menyertai Umno adalah lebih baik mereka menyertai Pas. Oleh itu tibalah masanya Pas menyerang dan menghentam PKR sekarang. Memang Pas parti yang tak boleh dibawa berunding. Inilah yang berlaku sewaktu Pas berada dalam Barisan Nasional sehinggakan Kelantan terpaksa diletakkan dalam keadaan darurat. Sila baca ucapan Tun Hussain On pada tahun 1977 berkenaan Pas.

Nampaknya usaha Umno untuk kearah penyatuan Melayu melalui Umno Pas sukar dicapai kecuali semua pengikut Pas meninggalkan perjuangan jumud mereka dan menyertai Umno. Biarkan pemimpin Pas yang sombong dan bongkak terjun dalam Laut China Selatan atau sumbat Pas ke dalam lubang najis.