Khamis, 11 November 2010

PEMANDANGAN SEKITAR TAMAN KAMUNTING JAYA ATAU TAMAN BESTARI



















Kesemua gerai di atas memang 100 peratus milik peniaga melayu. Pada asalnya hanya satu dua gerai sahaja seperti gerai apam balik, gerai popiah Lili dan beberapa peniaga pisang goreng diwaktu petang. Orang nak berniaga kita tak boleh larang. Malahan pegawai penguat kuasa pun kadang-kadang melepak digerai-gerai tersebut pekena ABC.

Bagaimanapun sejak beberapa bulan lalu masing-masing berebut untuk mendirikan gerai tersebut. Kebanyakannya bukanlah penduduk taman tersebut tetapi mereka adalah orang luar kawasan. Yang tak sedap didengar ialah ada pihak yang menjual tapak sehingga mencecah RM 5 000.00/=. Bila ada yang mengambil kesempatan menjual tapak tersebut ia sudah menjadi aktiviti yang tidak sihat. Harap pihak MPT mengambil berat perkara ini.

Tak lama lagi difahamkan jalan masuk ke kawasan tersebut akan dilebarkan dan sudah tentu gerai-gerai tersebut terpaksa dirobohkan. Ini akan menimbulkan masalah lagi, mereka sudah tentu akan menuntut ganti rugi seperti mana yang diterima oleh peniaga gerai di pekan Simpang. Jika tuntutan mereka tidak dilaayan mereka akan menyalahkan kerajaan dengan pelbagai tuduhan.

Sebelum menjadi parah ia perlu ditangani segera oleh pihak berwajib.

Beberapa bulan lalu berlaku satu insiden seorang peniaga telah mengalami kecedaran terkena minyak panas sewaktu JPAM menebang pokok yang  hampir tumbang. Pokok tersebut rebah disebabkan kerja-kerja membina longkang dikawasan Taman Bestari, peniaga tersebut telah membuat tuntutan gantirugi daripada Gamuda-MMC, adakah tuntutannya dilayan oleh pihak kontraktor tidak pula diketahui.

Ini belum lagi berlaku lagi kejadian kenderaan terbabas ke dalam gerai. Andainya berlaku sudah tentu pemilik gerai akan membuat tuntutan kepada pemilik kenderaan, pada hal mereka lah yang patut disalahkan kerana membina gerai dibahu jalan.