Jumaat, 12 November 2010

Siapa Azizan? Azizan Dalam Dosa - 2

Dalam ceramah sulong MB Kedah setelah menguasai Kedah Ustaz Azizan ada menyebut, bahawa beliau akan menjadikan Kelantan sebagai model pemerintahan PAS Kedah.Maksudnya beliau mengakui cara Tuan Guru Nik Aziz perintah, adalah baik. Namun, dari masa ke masa tak ada pun yang di ikutinya. Jangankan nak mengharamkan judi, nak sebut pun tidak. Sekarang ada orang beritahu, MB Kedah tak mahu lagi dengar orang menyebut tentang Kelantan.

Beliau cukup marah hingga mengatakan " aku, akulah, Nik Aziz, Nik Azizlah." Lalu ada yang tertanya-tanya bahawa dulu UMNO saja yang tak nak dengar nama Nik Aziz, sekarang orang nombor satu PAS Kedah pula tak nak dengar nama Tuan Guru itu.
Seringnya, beliau akan memberi hujah, bahawa di Kelantan majoriti pengundi

Muka-surat-7

adalah melayu, jadi bolehlah Tuan Guru Nik Aziz buat macam tu. Di Kedah pengundi penentu adalah orang bukan Islam. Jika judi dan tempat hiburan di haramkan, nanti PAS akan hilang undi dan hilang kuasa di Kedah. Itu alasannya.

Maka, kita nak tanya kepada ahli PAS di Kedah. setujukah dengan alasan MB anda itu. Jika anda setuju, maka di ingatkan pada anda agar bertaubat segera dan mohon maaf pada tokoh-tokoh agama dalam UMNO seperti Hamid Osman, Dr.Yusuf Nor, Hj.Osman Mohamadi, Hj.Dasuki Ahmad, Mashitah Ibrahim, dan Iain-lain yang pernah memberi alasan yang sama bila pimpinan PAS bertanyakan mereka dalam hal ini.

Oleh itu, tidak salahlah jika Ustaz Nakhaei Ahmad dan Ustaz Razak Daud dari Kedah, juga Ustaz Latif dan Ustaz Ghazali dari Terengganu yang dulunya orang kuat PAS, telah menyertai UMNO sekarang ini.

Kalau fahaman in boleh diterima oleh ahli PAS kedah. Pada PRU 13 ini, beri saja Jamil Khir Baharom menang tak bertanding di DUN Sala. Lepas tu,lantiklah jadi MB Kedah yang baru. Dia bukan saja ada ilmu. juga muda, bergaya, tampan dan dah ada pengaruh. Mai la orang PAS Kedah pakat setuju.

Kalau di lihat, di awal pemerintahan PAS Kelantan, beberapa tindakan drastik telah di lakukan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Beliau tidak pedulikan apa masyarakat bukan Islam hendak kata atau pun UMNO Kelantan nak protes. Beliau bukan melakukan secara ikut nafsu, sebaliknya memberi penerangan dari masa ke masa tanpa jemu pada rakyat Kelantan agar mereka faham akan tuntutan Islarnjceindahan Islam. Apa yang dilakukan itu bukan atas kehendaknya, sebaliknya perintah Allah.

Juga apa yang di lakukan itu adalah untuk kebaikan rakyat samada yang Islam atau bukan Islam. Hari ini, majoriti masyarakat bukan Islam di Kelantan sudah faham tentang keburukan amalan judi dan minum arak. Sebab itu, mereka boleh terima pemerintahan PAS dan Islam. Hingga sanggup menubuhkan kelab Penyokong PAS dan tak kurang juga yang memeluk Islam. Bukan sahaja masyarakat Islam di Kelantan, malah hampir seluruh negara ada sahaja rombongan orang bukan Islam yang menziarahi beliau.

Setelah pulang, mereka memuji-muji akhlak Tuan Gurujnalah berkempen pada masyarakat mereka pergi melawat Kelantan dan jumpa Tuan Guru.. Tersebar berita, kononnya seorang tauke judi di Shah Alam pernah menemui Tuan Guru untuk memohon lesen judi di Kelantan.

Setelah mendengar penjelasan dari Tuan Guru, apa yang berlaku, bila pulang ke Shah Alam, dia telah menutup kedai judinya.
Masih banyak lagi kisah menarik yang

Muka surat-8

berkaitan dengan sikap dan kaedah dakwah Tuan Guru ini,

Hingga ada orang bukan Islam yang menganggap Tuan Guru Nik Aziz itu juga, adalah tok guru mereka. Lebih mengkagumkan apabila antara mereka berminat dengan menghafal ayat dan maksud ayat al-quran. Kerana apa?Sebab Tuan Guru telah jadi idola merka.

Pendeknya Tuan Guru telah berjaya dalam misinya memperkenalkan syariat Islam dalam pentadbirannya. Walaupun hudud tidak dapat dilaksanakan kerana ada kaitan dengan kuasa kerajaan persekutuan, tetapi usaha demi usaha di lakukan ke arah itu.

Hingga hari ini beliau tidak jemu memohon kerajaan persekutuan mengizinkan Kelantan laksana hudud. Setidak-tidaknya, apa yang di lakukan oleh Tuan Guru di Kelantan ini, telah menyelamatkan ahli PAS Kelantan dari persoalan di padang mahsyar kelak.

Apa yang perlu sekarang, kalau inilah corak pemerintahan Tuan Guru, maka wajiblah rakyat Kelantan, khasnya ahli PAS Kelantan mempertahankan kepimpinan beliau. Amat malanglah bagi orang Islam Kelantan yang menolak atau membuat fitnah terhadap Tuan Guru, sedangkan masyarakat bukan Islam menyajungi beliau.

Lebih malang lagi apabila adanya kalangan ahli mahupun kepimpinan PAS Kelantan yang tidak sabar-sabar ingin melihat Tuan Guru segera letak jawatan. Sirah telah mnunjukkan, bahawa Nabi Muhamad S.A.W tidak meletak jawatan dalam tugas, melainkan setelah ajal menjelma .

Di peringkat awal, rakyat Kelantan marah bilaTuan Guru tidak membenarkan wakil vvanita menyertai pertandingan Al-Quran, marah kerana Tuan Guru mengharamkan konsert/narah kerana Tuan Guru menetapkan etika berpakaian sopan terhadap perempuan Islam dan bukan Islam termasuk pelancong, marah kerana wanita tak boleh kerja malam, tak setuju bila di arahkan kaunter bayaran di pasaraya di asingkan antara lelaki dan perempan dan banyak lagi marah mereka terhadap Tuan Guru.

Jawapan dari Tuan Guru amat mudah. Katanya "Dulu, ambo suruh keraje..e buwak, lo ni ambo ketuwa pemerintah, maka ambo kena buwak apo yang Allah perintah. Soje, rakyat suko atau tok suko,tu buke kejo ambojiak demolah nok terimo kho dhok. Ambo dengan Allah taala je." Sebenarnya, ketegasan Tuan Guru Nik Aziz bukan saja membuatkan masyarakat bukan Islam Kelantan faham, sebaliknya mereka yang luar dari Kelantan juga faham.

Mereka tahu, bila PAS berkuasa, judi,pelacuran, pusat hiburanjcarokaejumah unit dan apa juga yang bercanggah dengan Islam akan di haramkan. Semua ini mereka faham, tetapi mereka tetap memberi kepercayaan bukan saja pada

Muka surat-9

Tuan Guru Nik Aziz, juga pada PAS Kedah. Bila Kedah jatuh pada PAS, ahli perniagaan mula menempa iklan mereka yang sesuai dengan Islam, berdasarkan apa yang berlaku di Kelantan. Umpamanya gambar model wanita yang mesti tutup aurat. Setelah lama menunggu, arahan seperti di Kelantan tak ada. Oleh kerana mereka telah menempa iklan berkaitan, terpaksalah pasang di beberapa tempat yang strategik. 

Telenovela ini Bersambung.... 2:30 Petang Esok

Sila lawat blog asal. Syburi
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/10/siapa-azizan-azizan-dalam-dosa-2.html#ixzz150r2B2br