Tok Guru Sesat |
Manakala calon Pas pula hari ini akan membuat laporan polis terhadap Umno Online yang menulis tentang dirinya dalam kes khalwat. Dr Zul juga akan mengangkat sumpah mubalallah selepas asar bagi menafikan tulisan tersebut. Ini adalah strategi Pas pada saat akhir.
Pada PRK Permatang Pauh dahulu Pas dengan mudah menuduh Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib terlibat dengan pembunuhan Attantuya dan tohmahan tersebut lebih zalim daripada cerita Dr Zul berkhalwat. Bagaimana pun Najib juga bersumpah disebuah masjid selepas solat maghrib. Dengan membuat laporan polis juga telah mendedahkan kredibiliti Pas yang cakap tak serupa bikin.
Beberapa hari ini lalu Pas telah menuduh pihak BN menggantung banner yang mengelirukan Pas bersabit dengan majlis BBQ dan Wayang. Pas berkata mereka tak akan buat laporan polis kerana Polis tidak akan mengambil tindakan. Tiba-tiba hari ini nak buat laporan polis.
Secara tak langsung isu banner tersebut terjawab. Pas yang menggantung dan mereka sendiri yang meruntuhkannya dan menyebarkan maklumay dimedia mereka untuk memburukkann pihak lain. Wayang Tongkol betul Pas setan , Pas celaka penyesat umat manusia akhir zaman.