Tidak dinafikan projek infrastruktur MRT yang diumumkan oleh Kerajaan BN baru-baru ini adalah satu projek yang secara dasarnya amat diperlukan oleh rakyat terutamanya yang tinggal di kotaraya Kuala Lumpur. Namun, selaku rakyat awam yang menyaksikan banyak projek awam dibuat di Malaysia hanya menguntungkan orang asing dan 'highly political connected people'.
Saya agak skeptikal dengan projek ini sungguhpun ia bakal dilaksanakan secara projek usahasama swasta dan awam kerana projek ini diumumkan di saat ekonomi yang tidak menentu di rantau Amerika dan Eropah. Apa kena mengenanya ekonomi Amerika dan Eropah dengan projek MRT ini? Ada kena mengenanya kerana dunia kapital atau dunia modal/dana ini , adalah saling 'connected' terutamanya 'bond paper'. Tidak kiralah istilah 'sukuk' atau 'bond' , ia berkait rapat di antara satu sama lain.
Persoalan utama, adakah kerajaan pemerintah BN benar-benar belajar dari peristiwa hitam krisis ekonomi tahun 98-99? Jika kita mengimbau kembali sejarah 12-tahun yang lampau, kerajaan pemerintah BN turut melaksanakan beberapa projek mega yang kini dikenali sebagai Putrajaya dan Cyberjaya. Di saat tersebut, 'hot money' turut mendominasi pasaran saham yang dahulunya dikenali sebagai BSKL dan kini dikenali sebagai Bursa Malaysia.
Kini tahun 2010. Sekali lagi pemerintah BN tampil ke hadapan mengumumkan kepada rakyat jelata satu projek mega yang cukup besar amaunnya RM 36 billion. Adakah projek ini diumumkan kerana pilihanraya atau memang benar projek ini hendak dilaksanakan untuk rakyat jelata? Jika ikhlas untuk rakyat jelata baguslah.
Projek ini boleh diibaratkan sebagai 'mencuri subsidi minyak untuk orang di luar KL yang masih kurang membangun dan kurang peluang pekerjaan untuk subsidi pengangkutan awam orang kotaraya'.
Selain itu, berapa banyak 'local input' yang bakal digunakan daripada projek ini? Adakah jentera kerajaan BN melalui PEMANDU, EPU, dan ICU di JPM akan benar-benar memantau projek ini tanpa 'fear and favor' dan akan memastikan sekurang-kurangnya 'local input' sebanyak 70% bakal digunakan.
Kita faham kerajaan pemerintah BN 'terpaksa' memacu ekonomi dalaman terutamanya industri pembinaan untuk tahun 2011-2015 kerana pasaran eksport ke beberapa destinasi utama eksport negara akan terjejas teruk. Selaku rakyat awam, saya amat berharap agar jentera kerajaan Pusat akan benar-benar kelak memantau projek ini dengan menggunakan sebaik mungkin 'local input' seperti 'high skill local workforce', 'local building materials', 'local project management team', 'local plastic components', 'local packaging components', 'local headhunters', 'local real & credible contractors', 'local advertising and PR agency', 'local travel agents', 'local technologist', 'local machinist', 'local precision company', 'local engineering company', 'local accountants and auditors', 'local assemble locomotive', dan sebagainya.
Malah yang paling utama bagi jentera kerajaan ialah memastikan syarikat-syarikat yang dilantik untuk terlibat di dalam projek berskala besar ini akan benar-benar dibiayai oleh 'long term financing'. Janganlah pula kisah tahun 98' berulang. 'Long term project' dibiayai 'short term financing'. 'Local project promoter' mungkin akan berkata 'projek ini akan dibiayai oleh dana tempatan'. Tetapi, di saat 'hot money' yang terlalu 'hot' ini, ianya boleh 'dimanipulasikan dari dana luar menjadi dana tempatan'.
Oleh itu, pastikan setiap pihak yakni syarikat yang terbabit memang benar-benar mempunyai dana yang mencukupi untuk terlibat di dalam projek ini. Saya selaku rakyat awam sudah tidak mahu melihat 'pisang berbuah dua kali' iaitu 'tragedy bail out' oleh kerajaan Pusat kepada semua manusia-manusia 'highly political connected people' ini. Cukuplah dengan apa yang berlaku kepada Intria Berhad, Renong, Perwaja Steel, dan Intrakota sebagai iktibar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.