Khamis, 9 Disember 2010

Dap raya hindu bila melayu jual punggung

Seramai 40 lebih kanak-kanak dari Taman Desa Jaya Kamunting telah mendapat tajaan dan diraikan oleh Nga Kor Ming dalam majlis kerkhatan yang diadakan di Surau Al-Munawarah Kamunting,

Pas Kamunting yang telah merampas pentadbiran surau telah berpakat untuk bekerjasama dan mendapat sumber kewangan daripada Dap.

Program kali ini adalah kali kedua yang ditaja sepenuhnya oleh Dap. Program sebegini juga diadakan di tempat-tempat lain dalam kawasan Parlimen Taiping yang masjid atau surau dimonopoli oleh Pas Totok.

Ini menyebabkan sebahagian besar penduduk dan sebahagian orang Pas marah dengan tindak tanduk Nga Kor Ming yang mengambil peluang untuk kempen politiknya.

Seorang penduduk menyatakan kekesalan kerana mereka berpolitik dalam urusan agama. Sepatutnya dalam program sedemikian orang melayu perlu bersatu tanpa mengira fahaman politik dan jemputlah wakil rakyat orang kita kerana Adun Kamunting diwakili oleh Melayu Islam bukannya Cina Mca, India Mic atau Dap. Kita ada wakil kita, kenapa bodoh sangat sampai menggadaikan maruah kita sedemikian rupa.

Dap memang sejak menang dalam PRU 12 telah berusaha bersungguh sungguh untuk menambat hati orang Melayu ini kerana undi Melayu amat penting untuk Dap merampas Dun Kamunting dan mengekalkan kerusi parlimen Taiping yang dimenangi buat pertama kalinya.

Jelas sekali bahawa ramai orang Melayu yang anti Bn sanggup menyundal demi sedikit bantuan kecil dari Dap. Mereka lupa bahawa Umno yang ada lebih berkemampuan untuk membantu mereka setiap masa tanpa mengira fahaman politik.

Melayu mudah lupa dan cetek pemikirannya, patutlah melayu mudah ditipu tiap tiap hari.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.