Khamis, 9 Disember 2010

Lagi fitnah Pas yang tak pernah padam

26 ribu hektar tanah rizab melayu di Tanjung Langsat Tanjung Piai Johor Umno bagi kepada Kuok Brothers (UEM).

3 ratus ekar tanah rizab melayu di Pulau Redang diserahkan bagi YTL untuk Berjaya Resort

22 ribu ekar tanah di Lekir tergadai kepada Cina KL Kepong.

200 ekar rizab melayu di Padang Rengas diberikan kepada YTL pada tahun 1990 untuk kilang simen.

80 orang penduduk di Pantai Cenang Pulau Langkawi yang tinggal atas tanah rizab melayu dihalau untuk Umno bangunkan resort.

Di Mambau Negeri Sembilan, 600 orang dihalau dari rezab melayu untuk projek Seremban 2

Tanah di Tanjung Pagar lingkup kerana puak-puak gerombolan Umno.

Perjanjian air Malaysia Singapore pulak merujuk perjanjian 1, negara bagi 360 juta gelen air mentah tiap-tiap hari dengan harga 3 sen setiap seribu gelen.

Melalui perjanjian 2, Malaysia bagi 250 juta gelen air setiap hari dengan harga 3 sen setiap seribu gelen sampai tahun 2060 dan Malaysia beli air setiap hari dengan harga 50 sen dan Umno jual rakyat Johor dengan harga 3.95 sen.

Umno kata bela melayu, tolong melayu, ketuanan melayu itu semua pembohongan Umno.

Sedarlah orang Melayu, dulu kini dan selamanya menipu kita. Undilah Pas untuk selamatkan Melayu dan Malaysia.

Demikianlah mesej SMS yang disebarkan oleh Pas kepada rakyat Malaysia.

Mesej ini diterima daripada seorang kakitangan kerajaan yang hidup senang lenang dengan rezeki yang diperolehi oleh beliau, anak-anaknya juga hidup dengan makan gaji dengan kerajaan dan biasiswa kerajaan dan juga PTPTN.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.